Saturday, January 20, 2018
MS Excel: Anggaran Kira Bahan Rumah
Nak buat rumah perlu ada perancangan bajet supaya harga rumah yang akan dilaksanakan tu logik dan tidak melebihi bajet yang ada. Kita selalu diomok-omokkan bahawa buat rumah sendiri tu susah. Tapi buat rumah ni juga bukan mudah. Jika ada garis panduan dan faham aliran kerja membuat rumah sedikit sebanyak mudahkan kerja kita. Di sini saya share Anggaran Kiraan Bahan (format MS Excel) sebagai asas membuat rumah yang merangkumi perkiraan anggaran dan perlaksanaan rumah saya.
Wednesday, June 8, 2016
20. Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC)

Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan atau dalam bahasa Inggerisnya Certificate of Completion and Compliance (CCC) adalah ganti kepada Sijil Layak Menduduki (CFO) yang mana digunakan sebelum ini. Jika dulu CFO merupakan kelulusan yang dikeluarkan oleh PBT tetapi CCC adalah kelulusan yang dikeluarkan oleh arkitek dan disokong oleh PBT dan Lembaga Arkitek Malaysia. (Betulkan saya jika silap) Bagi mendapatkan CCC kita perlu melengkapkan borang-borang yang disediakan PBT.
Sunday, July 12, 2015
19. Siap rumah

Inilah dia hasilnya setelah berhempas pulas menjadi kontraktor tak berdaftar menyiapkan rumah sendiri. Rumah biasa-biasa je. Tapi rasa puas hati dengan kualiti pembinaan dan hasil dengan spec rumah pilihan sendiri. Rumah ini disiapkan bertujuan untuk mewujudkan sebuah rumah sahaja sebagai syarat dan dijangkakan akan di'renovate' pula pada masa akan datang mengikut selera dan kehendak penghuni rumah bergantung pada bajet. Rumah telah siap dibina pada bulan Januari 2015.
18. Pendawaian atau Wiring
Pendawaian menggunakan khidmat pelajar kemahiran sekali lagi kerana bajet yang semakin berkurangan. Upah RM500 seorang. 4 orang.Spec wiring memang kelas. Jika diberi tukang rumah yang buat, banyak 'curi barang' bagi memudahkan kerja, janji siap, boleh ON. Bila budak yang buat, lurus bendul ikut buku lah, kopak pulak rasanya beli barang Hi spec.
Saturday, July 11, 2015
17. Mengecat
Kerja-kerja mengecat mengambil masa 2 minggu. Dengan mengupah pelajar kemahiran seramai 4 orang. Hasil kerja agak messy skit tapi ok la. Cuma tile dalam proses pemasangan jadi banyak yang menitik ke atas tile. Kalau nak hasil cantik guna lah cat mahal. Saya gunakan cat Kansai Paint kerana tukang plaster ceiling rekemen jika pakai Kansai sekali cat je cat terus lekat ke plaster ceiling. Jadi semua cat menggunakan cat Kansai Paint. Cat Premier atau undercoat saya guna cat brand biasa je.
16. Kemasan Tile
Pada saat dan ketika nak pasang tile ni kewangan dah menjadi terlalu sendat. Pada awalnya ingat taknak pasang tile sebab takut bajet tak cukup. Bila dah diperingkat ini, hodoh pulak baglow takde tile. Disebabkan kewangan dirasakan tak mencukupi jika upah tukang rumah, saya pon upah la budak sekolah kemahiran. 4 orang.
15. Paip Air
14. Plaster ceiling

Plaster siling merupakan bahagian rumah yang penting dan mesti cantik dan kemas sebab buat sekali je tapi nak guna untuk 100 tahun berikutnya. Di kemaman ni ada 2, 3 kedai yang saya survey mempunyai reputasi yang cemerlang. Salah satunya adalah D & Y Plaster Ceiling. Ada beberapa cawangan di sekitar Terengganu. Secara peribadinya saya berasa berpuas hati dengan hasil kerjanya, setelah beberapa lama pon masih belum nampak crack pada bahagian penyambungan. Dan kekemasan pada bahagian penyambungan pon terbaik. Buat kerja cepat. PR mereka juga baik, kalau setiap kali pergi ke kedai mereka akan beri air kotak. Padan harga dengan kualiti yang diberikan.
Friday, July 10, 2015
13. Kaki Lima, Longkang dan Sistem Pembentungan

Antara syarat yang mesti dipatuhi untuk mendapatkan CCC adalah penggunaan tangki septik dengan model yang diluluskan oleh pihak Sirim dan Indah Water Konsotrium (IWK). Semasa permohonan dulu saya telah bayar RM300 untuk IWK. dan kemudian RM600 pulak dalam bentuk bankdraf. Apabila rumah sudah siap, runner akan menghantar borang ke IWK dan pegawai IWK akan datang melihat dan ambil gambar sebagai pengesahan. Biasanya pegawai IWK tidak datang melawat jika rumah sebijik je, cukup sekadar runner ambil gambar dan masuk dalam report. Jika rumah teres yang banyak biasanya pegawai akan datang kuatiri pemaju tak ikut spec sebab pemaju ni nak untung lebih atau pemaju ni bukan pemaju tempatan, kat kawasan lain lain spec yang digunakan.
Sunday, May 24, 2015
12. Atap & Siling Luar

Atap (roof tile) adalah jenama Monier jenis Contour. Atap ada banyak jenis dan jenama, tapi kalau atap genting memang jenama Monier rasanya paling top kat Malaysia ni. Atap untuk rumah ini bersudut 30 darjah. Pelukis pelan kata paling maximum. Memang curam, sehingga tukang pon kata atap tinggi sangat dah sama tinggi dengan ruang dalam rumah, macam 2 tingkat.


(compact roll jenama Monier)

Pemasangan siling luar bagi kemasan serta menutup pemandangan yang tak berapa cantik di siling. Jika kekuda kayu mungkin boleh tunjuk kekuda selepas dicat. Kalau guna besi lebih elok tutup dengan siling.




Perbelanjaan atap setakat ini:
1) Atap Monier Contour 3000pcs, RM2.10/pc = RM6300
2) Perabung (ridge) 87pcs, RM10/pc = RM870
3) Perabung sudu (hip) 4pcs, RM20/pc = RM80
4) Compact roll (pelapik perabung) 3 gulung, RM220/roll = RM660
Perbelanjaan siling luar:
1) Siling 2x4, 73pcs, RM4/pcs = RM292
2) paku siling 1 kotak = RM5
3) paku konkrit 1 1/2" 1 kotak = RM6
4) Kayu masak 1x2, 275', RM0.50/ft = RM137.50
5) Kayu masak 2x2, 365', RM0.80/ft = RM292
6) Kayu penempet siling 1/2x 1 3/4, 640', RM0.40ft = RM256
11. Plaster Dinding & Render Lantai

Plaster atau Pelepaan dinding boleh dijalankan pada selepas siap ikat bata. Seeloknya pada selepas pasang atap kerana redup sedikit. Kata tukang, jika tak pasang atap dulu, panas akan buat plaster dinding retak atau merekah. Untuk projek ini, disebabkan nak cepat maka buat la mana yang boleh jalan dulu, buat masa ni atap belum sampai sepenuhnya dan kekuda pun masih dalam progress.
Plaster ada dua jenis, 1) kasar, 2) licin. Kasar biasanya pada dinding sebelah luar atau dinding yang nak tile (bilik air/dapur). Bancuhan simen plaster kasar dibuat menggunakan mixer. Bancuhan adalah simen, pasir halus dan air, bancuh sampai jadi macam bubur. Plaster licin biasanya untuk ruang dalam rumah. Plaster licin dilakukan selepas plaster kasar (2 kali kerja). Komposisi bancuhan adalah kapur dan simen sahaja. Bancuh sampai jadi jemek macam lumpur laut atau kolam.
Kerja plaster menggunakan 4 orang, 3 orang buat plaster, 1 orang angkat bancuhan dan prepare/kemas tempat.
(plaster kasar dahulu, sebelum plaster licin)
(dapur, atas plaster licin, bawah plaster kasar untuk pasang tile dinding)
(plaster licin dalam bilik)
(membancuh plaster licin (kapur dan simen) dalam kereta sorong)
Perbelanjaan kerja-kerja plaster setakat ini:
1) Simen 110 beg, RM20/beg = RM2200 (siap hantar, siap turunkan)
2) Kapur simen 2 bundle, 1 bundle = 100beg, RM3.50/beg (100 beg) = RM350 (Hamzah Ibir), RM3/beg (100 beg) = RM300 (Muara Kalongan)
3) Pasir 2 lori, RM360/lori = RM720
4) Mixer RM400/bulan
Selepas plaster siling, render laintai. Render guna simen pasir dan air. sama macam plaster kasar. Sambil itu dah boleh pasang tangki.
(tangki bersaiz 80 gelen, paling kecik di hardware, guna 2 tangki setiap bilik air)
(render lantai dapur)
(render lantai family area dan depan pintubilik)
(render depan tandas 1)
Kos render dan tangki air:
1) Tangki air 80 gelen, 2 biji, RM100/biji = RM200
2) Simen 30 beg = RM600
3) Pasir sedang selori RM300
4) Kayu 2x4 dan plywood alas tangki, guna semula mana2 yang ada.
Saturday, September 27, 2014
10. Kekuda

Kekuda kayu ke kekuda besi? Yang mana lagi bagus? Seringkali menjadi perbincangan di forum-forum laman sesawang. Kriteria permilihan kekuda ni ada banyak. Kalau banyak sangat berpikir benda tu tak elok macam mana nak buat keputusan. Dari segi ketahanan, bagi saya kedua-duanya bagus sebab kedua-dua sudah meluas digunakan di Malaysia.
Friday, September 19, 2014
9. Memasang Frame Tingkap

Frame tingkap yang dipilih adalah aluminium berbanding kayu sebab harganya yang lebih murah. Frame aluminium biasanya ada 2 jenis, 1) barang projek, 2) Standard Economy. Barang projek bermaksud kualiti rendah yang biasanya pemaju-pemaju guna sebab harga nya yang rendah boleh cut cost banyak. Aluminium jenis ini lebih nipis sehinggakan lock mudah tercabut. Standard economy biasa yang digunakan untuk tempahan rumah sederhana. Kalau nak kualiti yang lebih baik pastinya yang lebih mahal.
8. Pasang Konduit dan Socket / Switching Box untuk Wiring

Kerja-kerja perancangan kedudukan point lampu dan kipas serta suis lampu/kipas dan soket perlu diambilkira sebelum membelah dinding. Walaupun dalam drawing sudah ada lukisan wiring yang simple tapi tak semestinya kena ikut. Point wiring terpulang pada tuan rumah nak buat banyak mana dan lokasinya di mana.
7. Kerangka Konkrit Beam Atas

Kerangka beam atas boleh dibuat sebelum atau selepas ikat bata. Jika buat sebelum ikat bata maka kena banyak pakai kayu 1x2 dan 2x5 sebagai penahan beam. Jadi lebih jimat kalau ikat bata dahulu. Kalau tak buat beam pon rasanya boleh jika bumbung tak berat. Beam ni penahan kekuda dan atap, bila ada besi dalam beam maka kekuatan beam adalah sekata berbanding tidak buat beam beban atap dan kekuada akan terus ke dinding. Lebih kurang macam tu la. Pikir lojik je.
6. Dinding dan Frame Pintu serta Tingkap

Tiang dinaikkan dahulu sebelum ikat bata dinding. Besi Y diikat dengan beli link dan dikepung dengan plywood dan dituang dengan bancuhan simen konkrit. Untuk projek ni buat sebanyak 3 kali untuk dapatkan semua 33 tiang sebab bajet beli plywood tak banyak. kalau nak capat dan banyak duit boleh la jalan sekali gus. Kemudian Frame pintu diletakkan pada kedudukan yang diinginkan.
5. Ground Beam dan Pertapakan

Kaedah membuat ground beam dan pertapakan yang dibuat dalam projek rumah ini adalah kaedah rakit. Saya tak tau lah apa yang rakitnya. Kalau kaedah biasa, ground beam dibina terlebih dahulu kemudian masukkan tanah dalam tapak sehingga penuh setinggi kurang 4 inci dari beam tersebut. Kemudian tuang simen sehingga searas beam tadi. Tetapi kaedah rakit ni beam dan lantai dibuat sekali. Kena order concrete ready mix sebab nak kering sekata dan dikatakan tapak jadi lebih kuat sebab beam dan lantai bersatu. Kaedah rakit akan menjimatkan kayu dan plywood bagi buat beam tetapi kena order concrete ready mix yang lebih mahal dari buat sendiri guna mixer.
4. Setting Out Tapak dan Pad Footing

Setting out tapak bertujuan nak kenalpasti dan menandakan kedudukan pad footing. Setting out tu adalah kerja-kerja tarik benang dan cacak kayu atas tanah untuk tanda kedudukan pad footing. Kayu yang dibina kelilig tapak macam kandang tu ada tanda ukuran kat atas kayu tu. Pad footing akan dibina sehingga menjadi tiang kepada rumah ini. Lubang dikorek sebanyak 33 lubang, ikut kemahiran tukang dia kata 32 je. Saya tambah 1 lagi di bahagian dapur sebab next time, lepas dapat CCC saya nak renovate tambah 1 lagi bilik kat belakang, kalau ada ongkosnya.
3. Persediaan Tapak Rumah

Pada asalnya tapak projek adalah semak samun. Kalau nak tebas guna parang memang tak habis. Jadi saya sewa backhoe 2 hari (sehari RM450-rate yang agak mahal berbanding biasa RM400). 1 hari bersih kawasan, 1 hari ratakan tapak. Nak pakai backhoe ni bukan telefon owner nak pakai harini dia boleh buat kerja hari tu jugak. Dia ada jadual, jadi tengok la mana masa dia free. Biasanya kena booking seminggu sebelum.
2. Lukisan Pelan & Kelulusan MPK
Subscribe to:
Posts (Atom)


