Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan atau dalam bahasa Inggerisnya Certificate of Completion and Compliance (CCC) adalah ganti kepada Sijil Layak Menduduki (CFO) yang mana digunakan sebelum ini. Jika dulu CFO merupakan kelulusan yang dikeluarkan oleh PBT tetapi CCC adalah kelulusan yang dikeluarkan oleh arkitek dan disokong oleh PBT dan Lembaga Arkitek Malaysia. (Betulkan saya jika silap) Bagi mendapatkan CCC kita perlu melengkapkan borang-borang yang disediakan PBT.
Gambar 1: Contoh borang senarai semak bagi peroleh CCC, mukasurat 1 dari 2 mukasurat
Gambar 1 menunjukkan senarai semak CCC. Semuanya akan disediakan oleh runner yang menguruskan dan berurusan dengan PBT dan arkitek. Takpelah bayar lebih skit janji ada sijil dan pada masa akan datang nak jual rumah ni jadi mudah.
Kelebihan ada CCC: Masa nak jual nanti memudahkan pembeli akan datang nak buat loan rumah.
Kekurangan bila ada CCC: Kena bayar pembentungan / Indah Water RM60 setahun.
Apa yang owner perlu sediakan adalah melengkapkan borang G1 - G21. Ianya melibatkan cop kontraktor berdaftar dengan CIDB, Engineer C&S berdaftar, Jurukur Berdaftar, Pendawai Elektrik Berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga, Plumber berdaftar dengan SPAN. Helaian borang yang perlu diisi bagi rumah sebuah adalah 8 muka surat berbanding 21 mukasurat oleh pemaju perumahan. Ye, tak perlu isi semua borang, yang berkaitan sahaja.
Berikut adalah 8 borang yang kita kena cari personal berkaitan untuk dapatkan cop dan sain untuk memenuhi keperluan CCC:-
G1: Perakuan Berperingkat: Kerja-Kerja Tanah
G2: Perakuan Berperingkat: Pemancangan Tanda
G3: Perakuan Berperingkat: Asas Tapak
G4: Perakuan Berperingkat: Struktur
G5: Perakuan Berperingkat: Perpaipan Air Dalaman
G6: Perakuan Berperingkat: Perpaipan Sanitari Dalaman
G7: Perakuan Berperingkat: Elektrikal Dalaman
G12: Perakuan Berperingkat: Bangunan
Untuk mana-mana projek rumah anda perlu cari sendiri. Yang akan menjadi masalah bila tak kenal orang yang diperlukan tu. Nasib baik tokei tukang buat rumah ni orang melayu yang ada company kontraktor berdaftar. Disebabkan saya buat rumah dengan dia jadi dia tak cas untuk sain tersebut hanya belanja minum je.
Pendawai Elektrik berdaftar menggunakan khidmat Huis Elektrikal sebab masa nak pasang meter sebelum ni pon memang guna khidmat dia. Tapi kena bayar RM300, standard kata dia. Saya rasa harga tu dah munasabah.
Plumber berdaftar saya guna khidmat kontraktor yang kebetulan ada buat repair paip di office. Pada mulanya dia tanya, "Berapa kos buat paip tu? 10 000 ada". dalam hati "Ye ker kos sampai 10k kalau plumber yang buat?". Saya jawab "Paip buat sendiri je". Dia tanya lagi. "Berapa harga rumah?". Saya jawab "Dalam 200k". "Kalau macam tu 200 je lah". Saya rasa munasabah dah harga tu.
Bagi mendapatkan cop Engineer C & S, pelan RC atau pelan besi perlu dibuat terlebih dahulu. Sekali lagi khidmat runner saya tu yang buatkan. Dia kata dia sub dengan kawan dia je yang buat underground sama dengan dia. Kos upah pelan RC adalah RM1650. Pelan RC atau pelan C&S atau pelan struktur ni sepatutnya disediakan bersekali dengan pelan asal. Bergantung pada pihak berkuasa tempatan. Ada yang boleh, ada yang tak boleh.
Sebelum ini saya ada maklumkan yang pelukis pelan berdaftar yang asal untuk projek rumah ini telah kembali ke rahmatullah. Setelah hampir 1 tahun delay proses CCC rumah ni sebab nak cari pengganti pelukis pelan dengan harga yang reasonable akhirnya ada juga orang yang sanggup buat. Upah passing ke pelukis lain adalah RM750. Kos kesanggupan menurunkan cop menggantikan arwah sebelum ni.
Banyak-banyak cop, cop Jurukur Berdaftar yang paling susah nak dapat. Senarai Jurukur Berdaftar boleh didapati di website Lembaga Jurukur Malaysia. Kos bagi cop Jurukur Berdaftar bergantung pada pemunya cop. Pemunya cop ni biasanya orang yang dah senior. Memang dah tak buat kerja2 ukur dah. Budak2 dia je yang akan buat. Kos boleh jadi cecah RM1000. Normal dalam RM500 sekali datang cek. Tapi sebabkan oleh runner ada kenalan jadi dia cas hanya RM400 je. Di Kemaman takde Jurukur Berdaftar ni, paling dekat di Kuantan. Mungkin ada personal yang duduk di Kemaman runner tapi bukan senang nak cari sendiri. Yang ada di Kuantan tu pon belum tentu nak datang Kemaman, mungkin cepat mungkin lambat mungkin cas mahal. Risiko pemegang cop ni jika rumah tersebut dibuat luar kawasan yang sepatutnya, pemilik cop akan disaman. Sebab tu la dia/wakil kena datang sendiri cek batu sempadan.
Last skali adalah bayaran kepada Arkitek atau Pelukis Plan berdaftar. Saya tak pasti normal rate berapa? Tapi runner mintak RM1000 untuk bayar arkitek bagi keluarkan CCC. Kaedah baru ni banyak pakai duit berbanding CFO hanya PBT keluarkan sijil dan beberapa cop dari arkitek, plumber dan elektrikal.
Kos perbelanjaan:
Tukar Pelukis Plan: RM750
Pelan RC: RM1650
Cop Kontraktor CIDB: FREE
Cop Elektrikal PW2/4: RM300
Cop Plumber A1: RM200
Cop Jurukur Berdaftar: RM400
Kos arkitek/keluarkan sijil: RM1000
Jumlah: RM4300
* Kos mungkin berbeza bergantung pada Pemegang Cop.
Alhamdulillah, rumah ini telah dapat CCC pada Mei 2016. Tarikh rumah siap adalah Januari 2015. Bermakna ambil masa hampir 1 tahun setengah untuk mendapatkan CCC. Proses CCC akan menjadi panjang dan semakin lama jika kita tak dapat lengkapkan borang (G1-G21) yang diberikan pada kita.
Diharapkan perjalanan pembinaan rumah ini dapat menjadi perkongsian kepada tuan2 dan puan2 sebagai garis panduan atau idea bagaimana menguruskan pembinaan rumah idaman anda.
salam..bleh dapatkan no telefon/kontak tukang rumah ni tak sb saya nak buat rumah email saya kamal.effendy@kktmkuantan.edu.my
ReplyDeletetima kasih jasa tuan...
salam cik kamal. nak tanya sikit boleh?
DeleteSlm tuan..bleh bg no hp tukang kekuda besi? Sy nk buat kekuda besi rmh di kg nyo
ReplyDeleteslm tuan, nnt free boleh la update dalam rumah setelah duduk.....
ReplyDeletesalam, saya dari kerteh amat berbesar hati kalu tuan boleh share spreadsheet costing ke my gmai amuradoth@gmail.com
ReplyDeletesalam, saya dari kerteh amat berbesar hati kalu tuan boleh share spreadsheet costing ke my gmai amuradoth@gmail.com
ReplyDeleteUntuk urusan pengukuran sempadan lot serta cop jurukur boleh hubungi saya jika sekitar terengganu...0199155177 muhammad
ReplyDeleteSalam. Sangat informatif tuan.
ReplyDeleteBerapa kos bayar runner ya?
tengok sini..
Delete2. Lukisan Pelan & Kelulusan MPK
Salam tuan saya nak tanya proses untuk CCC bagi construction drawing akan disediakan oleh kontraktor atau perunding. Terima kasih.
ReplyDeletekalau kontraktor tu adalah perunding sama je la..biasanya kontraktor adalah perunding..projek kecik je sebuah rumah..bukan projek juta2 asing kontraktor dgn perunding
DeleteTkasih.. gud info
ReplyDeleteSalam tuan.. boleh dapatkan no arkitek atau runner tu tak?
ReplyDeleteni no ws pelukis pelan berdaftar. 0149824335
Deleteboleh saya dapat kan no contact arkitek....?
ReplyDeleteni no ws pelukis pelan berdaftar. 0149824335
Deletegood info tuan ..byk manfaat kpd org lain
ReplyDeleteMelampau sangat yuran pbt dan arkitek ni. Baru2 ni saya nak buat rumah kat kajang kena sampai rm18k. Apa benda sampai 18k? Melampau.
ReplyDeleteni no ws pelukis pelan berdaftar. 0149824335. bang 18k tu kiranya dah updrage value rumah abg sekali. tapi kalau amik dgn saya.cop saya sendiri mungkin lagi murah
DeleteBro nak murah semua buat sendiri la..itu la rate dia..atau buat rumah kt kampung la xpyh sign arkitek/engr..xpyh submit majlis..igt sign Arkitek tu suka2 sign ke? tau tak yg mhl tgjbwb dia..apa2 dia yg brtgjwb..fee PBT mmg kna byr la..tu la income diorg..
DeleteContractor rumah boleh pm
ReplyDeleteni no ws konttaktor G4 berdaftar berdaftar. 0149824335
ReplyDeleteSalam..saya nak tanya jika buat rumah dengan tukang kampung je bukan kontraktor berdaftar..rumah separuh siap sebab tak cukup duit..sy nak buat loan rumah, tapi perlukan kontraktor berdaftar, ape perlu saya buat?
ReplyDeleteSalam encik
ReplyDeleteSebelum ccc tu boleh duduk ke belum?
Saya kena 17k pelukis pelan tak termasuk bayaran pbt. +-21k juga kena.
Pun untuk ccc dia suruh urus sendiri.
Ada pengalaman tak dengan rumah under kerajaan? Mcm sy,ikut kontrak serah kunci bulan 6 ni.dari surat yg SUK bg tinggal fasa akhir yaitu tar jalan masuk dan melibatkan air api.agak2 lama tak untuk tunggu dapatkan sijil layak menduduki tu?
ReplyDeletePerkongsian yang memberi manfaat
ReplyDelete