Saturday, September 27, 2014

10. Kekuda


Kekuda kayu ke kekuda besi? Yang mana lagi bagus? Seringkali menjadi perbincangan di forum-forum laman sesawang. Kriteria permilihan kekuda ni ada banyak. Kalau banyak sangat berpikir benda tu tak elok macam mana nak buat keputusan. Dari segi ketahanan, bagi saya kedua-duanya bagus sebab kedua-dua sudah meluas digunakan di Malaysia.


Dari pengamatan saya, diantara kebaikan dan keburukan kekuda kayu adalah seperti berikut:
Kebaikan:
1) Mudah didapati.
2) Ramai tukang boleh buat.

Keburukan:
1) Banyak bengkok - Kalau nak pilih jadi mahal (tak semua hardware/saw mill boleh pilih2)
2) Kayu tak matang - kayu muda2, yang matang susah nak dapat sekarang ni
3) Orang kata kalau kayu tak matang, bubuk dan anai-anai suka makan

Walaupun bubuk dan anai-anai suka makan kayu, serangga2 ni akan mengambil masa untuk sampai ke kekuda anda. Biasanya akan main2 dulu sekitar kawasan rumah. Kalau nampak boleh la terus racun, kalau tidak dia akan panjat dinding. Apabila dah nampak kesan pada dinding tu maknanya mungkin dah tak dapat nak diselamatkan. Susah nak tahu anai2 dah makan kayu, nampak kayu luaran cantik tapi bila picit kayu tu rapuh.

Banyak cara orang kata nak elak anai2 makan kayu kekuda, antaranya adalah guna kayu masak yang dah berubat atau catkan dengan minyak hitam enjin diesel. Tapi saya tak tahu la sejauh mana keberkesanannya.

Diantara kebaikan dan keburukan kekuda besi adalah seperti berikut: (peribadi)
Kebaikan:
1) Lurus dan tidak bengkok
2) Ringan dan mudah dipasang
3) Tak dimakan bubuk dan anai-anai

Keburukan:
1) Ketahanan (kekuatan) kurang berbanding kayu
2) Jarak antara trusses disarankan 2 kaki bagi mengelakkan melendut
3) Sukar didapati disesetengah tempat, sekitar kawasan Kemaman tiada setahu saya, kena ambil di Dungun.
4) Tak semua tukang pandai pasang kekuda besi

Untuk projek ini saya menggunakan kekuda besi. Besi truss dipasang di atas tanah terlebih dahulu sebelum diangkat ke bahagian bumbung. Kerja-kerja membuat trusses tersebut memakan masa 3 hari sahaja untuk rumah ini. Dan 2 hari untuk mengangkat semua kekuda trusses ke atas. Jika nak cepat boleh sewa kren, tetapi untuk projek ini tak sesuai sebab jalan masuk lembut dan tidak sesuai untuk kenderaan berat.

 
(kekuda besi disusun jarak 2' dan dipasang L-bracket)
(yang kecik ni boleh diangkat oleh seorang per set kekuda, sorg angkat dari bawah, sorg lagi sambut kat atas)

 
(tukang indon guna 5 tenaga pekerja, dan komplain berat)
(dorang minta belanja air kerana kepenatan, atas dasar kemanusiaan saya turutkan)

 
(lihatlah saiz kekuda tersebut, besar) 

 
(sebahagian kekuda yang telah siap dipasang)

 
(dua orang je buat pasang batten kekuda) 

 (jig yang digunakan untuk mendapatkan jarak yang sama antara batten)

 
(papan pemanis separuh dah pasang)

 
(kerja2 pemasangan papan pemanis ditengah panas)

 
(sebahagian pepan pemanis yang telah siap dipasang)

Kekuda besi ada range harga bergantung pada jenis dan ketebalan. Terdapat 3 jenis yang biasa digunakan, 1) True core, 2) Zinclume, dan 3) GI. True core paling baik dan mahal, Gi paling murah. Biasanya projek perumahan oleh pemaju hanya gunakan GI. Ketebalan untuk ketiga2 bahan tersebut boleh didapati pada 0.75mm, 0.8mm, dan 1mm. Ikut poket masing2.

Perbelanjaan pada peringkat ini:
1) Besi kekuda Truss C-Channel Zinclume 0.75mm, 180 batang, RM25.50/batang = RM4590
2) Besi kekuda Truss C-Channel GI 0.8mm, 136 batang, RM26.50/batang = RM 3604 (Zinclume takde stock, terpaksa beli GI, mahal lagi sebab tebal)
3) Besi kekuda Batten Zinclume, 130 batang, RM15/batang = RM1950
4) Skru kekuda, 7 packets, RM50/1000pcs = RM350
5) L-bracket, 100 pcs, RM1.50/pc = RM150
6) Skru wall plug, 200 pcs, RM1/pc = RM200
7) Prima Plank (papan pemanis jenis fiber simen), 22 keping, RM18/keping = RM396
8) Valley Gutter (longkang atap), 3 keping, RM25/keping = RM75
9) Skru prima plank (tapping screw 1 1/2", mata besi) sekotak (1000 pcs) RM38 (tukang kata skrunya panjang sangat, 1" dah cukup)
10) Cas transport RM150 2kali hantar sebab tukang salah kira kuantiti (kira rugi RM150) = RM300

Semasa kerja2 kekuda dibuat, saya hantar pasir halus untuk plaster nanti, guna lori besar (tayar 10). Dah 2 biji lori terbenam, driver lori dah merajuk dan kata dah tak mahu hantar ke site ini lagi.

Kerja-kerja pembaikan jalan masuk dijalankan dengan memanggil CASE yang berada di site sebelalah oleh pemaju. Kerja-kerja melibatkan memindahkan tanah yang sudah jadi bubur dan meratakan jalan masuk dengan crusher run yang sedia ada di tapak. Kalau diikutkan habis 1 1/2 lori jugak crusher run yang digunakan. Hanya kautim dengan driver, dia buat kerja selepas waktu kerja dia di site pemaju. Sejam dari pukul 5 hingga 6 petang. Beri upah ke dia RM50.

 
(jalan masuk yang lembut oleh kerana air bertakung ditambun dengan crusher run)

36 comments:

  1. as salam..setakat ni berapa dah kos beli barang + upah tukang?saya rasa saya pun guna tukang yg sama,org dungun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anggaran setelah siap: barang RM80k, upah RM40k

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Assalamualaikum.terima kasih atas info yg amt brguna tu.nk tanye,rumah yg dibina tu dah siap spenuhnye ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah siap, belum ada kesempatan nak update

      Delete
  3. Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

    ReplyDelete
  4. Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

    ReplyDelete
  5. Salam..jika diizinkan minta kebenaran share khidmat pemasangan kekuda besi dan atap sekitar pantai timur boleh tengok hasil kerja di atapkekudabesi.blogspot.com
    Atau email tukang_kekudabesi@yahoo.com
    Whatsapp 0199862086

    ReplyDelete
  6. Salam..jika diizinkan minta kebenaran share khidmat pemasangan kekuda besi dan atap sekitar pantai timur boleh tengok hasil kerja di atapkekudabesi.blogspot.com
    Atau email tukang_kekudabesi@yahoo.com
    Whatsapp 0199862086

    ReplyDelete
  7. Maklumat Anggaran Kos tu amat berguna senang nak kira bajet bina rumah saya nanti. terima kasih atas info dari tuan

    ReplyDelete
  8. Salam. rumah sy atap genting. Tapi anai2 mkn kekuda kayu. brapa kos utk tukar kekayu kpd kekuda besi serta kos upah. luas rumah 20' x 60'. Atap guna semula yg lama masih elok

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum..total hari utk siap rumah ni bp lama ya?

    ReplyDelete
  10. Ade no tukang yg buat kekuda besi marang

    ReplyDelete
  11. Info yg baik...bermanfaat. terima kasey tn rumah...

    ReplyDelete
  12. terima kasey..blog saya https://cararesepi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. Maklumat menarik, jelas, berguna dan bermanfaat kepada pembaca.
    Terimma kasih.

    ReplyDelete
  14. Salam nk tnye, atap genting perlu skru x

    ReplyDelete
  15. Kekuda besi jarak efisyen antara 3 ke 3.5 keburukan rangka besi kalau kena timpa pokok.rosak bengkok just semua klu kayu cuma patah Satu atau dua ganti Yang rosak saja.

    ReplyDelete
  16. Salam tuan spe2 nak atap umah bongkar kayu tukar besi baja booeh whatsapp 0183754425 area KL selangoe

    ReplyDelete
  17. assalam tuan..apa spek yang perlu masa nak pasang atap genting di bahagian tepi.kiri kanan rumah org..saya rumah teres..sbb bocor..perlu letak pelapik getah ke bahagian tepi?

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. macamana nak kira penggunaan besi c channel dan batten utk rumah bersaiz 2300 kaki?

    ReplyDelete
  21. Assalam tuan..sy kira2 harga besi & brg2 lain di tempat saya (kedah) masih lagi murah (tahun 2020)..

    ReplyDelete
  22. Tq share info keja keja bumbong.. Kebetulan tengah buat bajet nak buat rumah..

    ReplyDelete
  23. Senarai barang atas tak termasok atap genting lagi kan.. Agak berapa keping roof tiles nak pakai tu..

    ReplyDelete