Kerja-kerja perancangan kedudukan point lampu dan kipas serta suis lampu/kipas dan soket perlu diambilkira sebelum membelah dinding. Walaupun dalam drawing sudah ada lukisan wiring yang simple tapi tak semestinya kena ikut. Point wiring terpulang pada tuan rumah nak buat banyak mana dan lokasinya di mana.
Bab wiring ni takde lah pakar tapi saya tau lah nak buat, lagipun ini kan rumah sendiri. Jiran depan rumah buat wiring guna kontraktor letrik, kos barang lebih RM7000, kos upah RM7000. Saya tanya sendiri dengan budak yang buat wiring tu, sebab orang yang sama pasang masuk meter untuk projek rumah ini. Katanya rumah tu banyak sangat point, termasuk air-cond dan heater.
Setelah kenalpasti kedudukan point, bilangan soket, bilangan suis, dan bilangan kabel astro. Terus membelah dinding tanpa membuang masa. Pada masa ni tukang indon tak balik dari cuti raya lagi. Sebelum ni kata 2 minggu lepas raya akan balik sambung kerja. Ni dah habis sebualan raya pon tak nampak batang hidung. Lama betul cuti.
Pasang konduit ni boleh buat pada bila-bila masa sebelum plaster. Saya guna 3 orang pelajar PPU yang rajin2 sukarela nak tolong buat kerja. Wife saya kata ada pelajar Letrik yang sanggup buat wiring ni dengan upah RM1000 sampai siap wiring (harga tolong En. katanya). Kira dah murah la tu. Yang penting rajin kalau tak pandai buat boleh refer dengan orang yang tahu buat. Salah sorang dari pelajar ni dah biasa buat wiring, dulu masa ILP dia buat praktikal dengan syarikat letrik.
(persediaan sebelum membelah dinding)
(Membelah dinding - safety first - berdebu dan berpasir, brapa kali masuk mata, jurufoto tak pakai safety)
(hack dinding yang telah dibelah)
(hack lagi - soket)
(sendal paip PVC dengan paku, paku biasa je 2" atau 2 1/2")
(box suis dan soket pakukan juga supaya lekat)
(pakukan, janji lekat sikit2 pon takpe, nanti nak plaster betulkan semula)
(paip yang terjulor ke atas tu akan dipotong sama level dengan beam)
(guna paku kayu 2 1/2" untuk lekatkan kotak dan paip)
Kerja membelah dinding dan pasang paip pvc ambil masa 2 hari. Wiring simple2 je nanti ni sebab tu sikit je. Beli paip PVC putih tu saiz 1/2" satu bundle, ada 50 batang, sebatang 10' panjang. Beli yang saiz 1" dalam 5 batang untuk wiring masuk keluar ke DB. Habis beli paip ni dalam RM80. Ada banyak lagi lebih, ada la dalam 20 batang. Bro Pd bagi tahu aritu dia beli 2 bundle pon tak cukup sebab dia buat satu bilik satu wiring. Saya nak buat kongsi-kongsi wiring dgn bilik sebelah, banyak looping.
Kalau standard JKR pon 1 point maximum 10 lampu atau kipas. Lampu kalimantang 36W. 1 bilik maksimum ada 4 lampu kan down light 18W, boleh looping tu. Kalau litar kuasa kita looping sama la macam guna extension. Janji kita tau litar kuasa tu untuk apa. Contohnya untuk peti sejuk, seeloknya jangan looping. Atau air-cond, buat asing satu untuk dia je. Sebab ada moto. Kalau beban banyak sangat, kabel boleh cair, panas dan terbakar.
Perbelanjaan wiring setakat ini:
1) Mesin pencanai/Grinder 2 buah, RM225/pc = RM450 (nak cepat beli 2)
2) Hacker 2 buah, RM520/pc = RM1040 (nak cepat beli 2)
3) Grinder tile cutter/mata potong batu 3 diamond (bosch), 6 keping, RM16.80/keping = RM100.80 (guna dua sahaja, lagi empat bazir)
4) Mata Drill batu saiz 16mm, panjang 1'1/2" RM 22
5) Kotak point (hitam) 100pcs, RM0.30/pc = RM30 (guna dalam 60 pcs je)
6) PVC pipe 1/2" putih high impact 1 bundle (50 pcs) = RM65 (ada balance dalam 10 batang)
7) PVC pipe 1" putih high impact 1 bundle (5 pcs) = RM15 (guna untuk yang guna banyak wire penyambung)
masa buat rumah ni memang ada kat sana setiap masa ke?
ReplyDeletemasa buat rumah ni memang ada kat sana setiap masa ke?
ReplyDeleteTak perlu..percaya pada tukang je..kalau dia nak apa2 yang tak cukup dia akan call..tukang buat rumah ni sembayang punya orang..tak tipu
DeleteArea mana tu? Bagus kalau kontraktor jujur. Kalau dekat boleh juga hire. Ada contact no.?
DeleteBang..boleh bagi contact no tukang rumah tu?
ReplyDelete