Friday, September 19, 2014

9. Memasang Frame Tingkap


Frame tingkap yang dipilih adalah aluminium berbanding kayu sebab harganya yang lebih murah. Frame aluminium biasanya ada 2 jenis, 1) barang projek, 2) Standard Economy. Barang projek bermaksud kualiti rendah yang biasanya pemaju-pemaju guna sebab harga nya yang rendah boleh cut cost banyak. Aluminium jenis ini lebih nipis sehinggakan lock mudah tercabut. Standard economy biasa yang digunakan untuk tempahan rumah sederhana. Kalau nak kualiti yang lebih baik pastinya yang lebih mahal.

Paling murah saya pernah survey semasa projek ini adalah RM16/kaki persegi tapi saya tak pasti kualiti dia macam mana dan tak sempat nak tanya sebab kedai dia dah tutup tak buka-buka. Saya telefon ower kedai dia kata pekerja dia emergency balik kampung sebab mak sakit. Tapi dah berbulan-bulan tak bukak. Mungkin ada masalah lain agaknya.

Saya anggarkan bajet untuk tingkap hanya RM7000 sahaja. Jadi saya g kedai pertama selepas jambatan baru Bukit Kuang, RM8500++. Kedai kedua Adam Aluminium, 16/kaki2, pekerja tu kata "abang nak kira sendiri pon boleh". Tak sempat nak tanya banyak sebab masa datang tu pekerja dah habis waktu kerja. Selepas dari tu kedai tak buka lagi. Kedai ketiga kedai berdekatan simpang tiga JPJ Chukai. Harga dia bagi RM18.50, saya nak harga total tapi dia macam malas nak kira. Ye la saya bajet RM7000 kalau lebih banyak sangat saya taknak. Kedai ni la banyak bagi tahu pasal barang projek dengan standard ekonomi. Tapi disebabkan dia tak nak tolong kira jadi saya KIV kedai ni. Kedai keempat saya tanya kedai sebelum pintu gerbang Kemaman/Pahang, CL Aluminium, dia bagi harga RM9000++, mahal. Kedai ke lima saya tanya owner ada projek tengah buat kat opis, dia bagi RM19/kaki, kedai di Kerteh, KIV dulu. Last skali kontraktor bagi no telefon FK Aluminium di Binjai, dia kata murah sebab kedai yang pertama saya g sebelum ni pon sub ke FK ni. Tanya2, sebut nama kontraktor yang beri nombor tu, dapat harga RM17/kaki2, kira total RM6748, terus jadi.

Esoknya dia datang ukur. Bayar deposit RM3000 terus buat frame. Tak sampai seminggu dia datang pasang frame. Masa dia pasang frame saya ada datang tengok tapi lupa nak ambik gambar. Ambik masa dah siap pasang.



9 comments:

  1. Di mana lokasi Kedai FK Aluminium

    ReplyDelete
  2. Asalamualaiku, boleh bagi nombor phone Tukang yang buat rumah tak ?
    Sent Kat Email saya (ddyanil86@gmail.com)
    Terima Kasih..

    ReplyDelete
  3. Assalamuailum tuan. Tahniah rumah bina sendiri dah berjaya disiapkan. Boleh saya tahu lebih terperinci lagi berapa daun tingkap yang tuan gunakan dan apa jenisnya.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum TT dan pembaca semua , mohon tumpang iklan , saya pembuat tingkap aluminium dan kaca juga membuat kabinet dari material aluminium dan kaca 3G, Tuan tuan boleh jumpa saya di facebook deenz work atau hubungi saya di 0123445287 untuk sekitar selangor dan Kuala lumpur... Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Ingin menempah tingkap aluminium,pintu aluminium&rak aluminium.hubungi kami di https://g.co/kgs/WRqG5C

    ReplyDelete
  6. Salam spe2 yg nak buat atap umah bongkar kayu lama pasang besi baja boleh pm kami 0183754425 area KL selangor

    ReplyDelete
  7. salam..blog tuan sgt membantu sy..terima kasih kongsi segala ilmu,kos dan gerak kerja dalam menyiapkan rumah ini..

    ReplyDelete
  8. salam..blog tuan sgt membantu sy..terima kasih kongsi segala ilmu,kos dan gerak kerja dalam menyiapkan rumah ini..

    ReplyDelete