Saturday, January 20, 2018

MS Excel: Anggaran Kira Bahan Rumah


Nak buat rumah perlu ada perancangan bajet supaya harga rumah yang akan dilaksanakan tu logik dan tidak melebihi bajet yang ada. Kita selalu diomok-omokkan bahawa buat rumah sendiri tu susah. Tapi buat rumah ni juga bukan mudah. Jika ada garis panduan dan faham aliran kerja membuat rumah sedikit sebanyak mudahkan kerja kita. Di sini saya share Anggaran Kiraan Bahan (format MS Excel) sebagai asas membuat rumah yang merangkumi perkiraan anggaran dan perlaksanaan rumah saya.

Wednesday, June 8, 2016

20. Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC)


Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan atau  dalam bahasa Inggerisnya Certificate of Completion and Compliance (CCC) adalah ganti kepada Sijil Layak Menduduki (CFO) yang mana digunakan sebelum ini. Jika dulu CFO merupakan kelulusan yang dikeluarkan oleh PBT tetapi CCC adalah kelulusan yang dikeluarkan oleh arkitek dan disokong oleh PBT dan Lembaga Arkitek Malaysia. (Betulkan saya jika silap) Bagi mendapatkan CCC kita perlu melengkapkan borang-borang yang disediakan PBT.


Sunday, July 12, 2015

19. Siap rumah


Inilah dia hasilnya setelah berhempas pulas menjadi kontraktor tak berdaftar menyiapkan rumah sendiri. Rumah biasa-biasa je. Tapi rasa puas hati dengan kualiti pembinaan dan hasil dengan spec rumah pilihan sendiri. Rumah ini disiapkan bertujuan untuk mewujudkan sebuah rumah sahaja sebagai syarat dan dijangkakan akan di'renovate' pula pada masa akan datang mengikut selera dan kehendak penghuni rumah bergantung pada bajet. Rumah telah siap dibina pada bulan Januari 2015.

18. Pendawaian atau Wiring


Pendawaian menggunakan khidmat pelajar kemahiran sekali lagi kerana bajet yang semakin berkurangan. Upah RM500 seorang. 4 orang.Spec wiring memang kelas. Jika diberi tukang rumah yang buat, banyak 'curi barang' bagi memudahkan kerja, janji siap, boleh ON. Bila budak yang buat, lurus bendul ikut buku lah, kopak pulak rasanya beli barang Hi spec.

Saturday, July 11, 2015

17. Mengecat


Kerja-kerja mengecat mengambil masa 2 minggu. Dengan mengupah pelajar kemahiran seramai 4 orang. Hasil kerja agak messy skit tapi ok la. Cuma tile dalam proses pemasangan jadi banyak yang menitik ke atas tile. Kalau nak hasil cantik guna lah cat mahal. Saya gunakan cat Kansai Paint kerana tukang plaster ceiling rekemen jika pakai Kansai sekali cat je cat terus lekat ke plaster ceiling. Jadi semua cat menggunakan cat Kansai Paint. Cat Premier atau undercoat saya guna cat brand biasa je.

16. Kemasan Tile


Pada saat dan ketika nak pasang tile ni kewangan dah menjadi terlalu sendat. Pada awalnya ingat taknak pasang tile sebab takut bajet tak cukup. Bila dah diperingkat ini, hodoh pulak baglow takde tile. Disebabkan kewangan dirasakan tak mencukupi jika upah tukang rumah, saya pon upah la budak sekolah kemahiran. 4 orang.

15. Paip Air


 

Kerja-kerja paip air ni saya buat sendiri dengan bantuan kawan memandangkan boleh buat sendiri dan dah pergi kursus paip A1. Pengendali paip ni ada dua jenis sijil kompeten. A1: pemasangan selepas meter hingga dalam rumah. A2: sebelum paip. Walaubagaimanapun, jika takde sijil pon masih lagi boleh buat kerja2 paip ni. Kerja paip ni takde la susah mana, boleh try and error je atau tengok tutorial di youtube. Tapi kalau malas, tak suka main dengan gam, takde alat, takde masa dan bermacam2 alasan lagi, boleh sub ke tukang je.