Friday, September 19, 2014

3. Persediaan Tapak Rumah


Pada asalnya tapak projek adalah semak samun. Kalau nak tebas guna parang memang tak habis. Jadi saya sewa backhoe 2 hari (sehari RM450-rate yang agak mahal berbanding biasa RM400). 1 hari bersih kawasan, 1 hari ratakan tapak. Nak pakai backhoe ni bukan telefon owner nak pakai harini dia boleh buat kerja hari tu jugak. Dia ada jadual, jadi tengok la mana masa dia free. Biasanya kena booking seminggu sebelum.


Tanah ni saya dah tambak sebanyak 4 lori. Pada asalnya nak naikkan 1 kaki. Tapi modal macam taknak bazirkan dengan naikkan lot tanah secara keseluruhan. Lagipun kawasan tu setakat ni belum nampak banjir. Lebih baik naikkan rumah 2 kaki tinnggi. Jadi saya suruh Hamzah Ibir tuang tanah merah 10 lori untuk buat tapak je (rasa macam tak perlu je). selori RM100 siap rata. Saya pilih Hamzah Ibir sebab takde pilihan lain..dan dia je yang paling dekat (satu kampung)..selang 5 6 lorong je..

Tak done 10 lori, baru 4 lori ada orang call. Dia kata paip air dia pecah sebab lori langgar dan jalan masuk ke tanah saya tu adalah jalan masuk ke rumah dia juga. Jalan tu dia yang buat, modal dia sendiri (Kondisi jalan adalah Crusher Run). Nada suara akak tu mcm marah dan nak nangis. Jadi dia tak nak saya guna jalan tu kalau lori masuk keluar. Maka terpaksalah saya buat laluan masuk sendiri.

(laluan keluar masuk lori yang baru..asalnya hutan)

Sewa JCB 1 hari untuk buat laluan masuk RM450. Jalan masuk buat selepas seminggu dari hari akak yang bengang paip dia pecah tu. Tiba-tiba JCB pulak terpecahkan paip lagi..nasib baik kali ni driver nampak paip tersebut dan terus baiki. Jadi tak done akak tu nak marah..mungkin tak perasan pon paip dia dah pecah untuk kali kedua.

Pembaikan paip pertama SATU yang buat. Pembaikan kedua driver JCB yang baiki sendiri. Kos saya tak keluar.

Sebelum mula projek, perkara pertama mestilah kena ada setor untuk simpan barang. Stor ni saya dah buat sebelum cari tukang. Material yang digunakan adalah kayu 1"x2" dan 2"x3", atap zink, playwood 12mm (ikut kesesuaian). Luas stor 10'x12'. Jumlah modal beli barang RM700 dan upah RM300. Nampak je kecik tapi bagi saya macam mahal je stor ni RM1000.

(setor yang berharga RM1000)

Lepas siap setor, saya masukkan api dan air. Elekrik kena pasang meter sementara sebab dah try mintak pada jiran hadapan, akak yang paip pecah tu tak nak bagi. Mungkin masih lagi terasa. Jadi api dan air kena buat sendiri pasang sementara.

Pasang meter air upah dengan barang RM1700. Dapat contact dari Bro Pd. Tukang sambung air adalah pekerja SATU sendiri. Buat part time cari duit lebih. Tapi masa saya pergi tengok dia buat kerja, pekerja ada 6 orang buat keje..dalam hati (ramainya)..Harga bukak RM2100..nego2 last dia bagi harga tu..dia kata nak pakai deras ke dok..saya jawabla nak deras..apa yang saya paham mestilah nak air deras tapi sebenarnya dia maksudkan nak pakai cepat ke tak..yang penting mudah berurusan siap pasang tunggu bil je.

Pasang meter elektrik kena guna kontraktor elektrik yang ada kompeten pendawai. Dapat rekemen dari kawan ofis..harga paling murah dan senang berurusan dgn dia sb dia buat sendiri..tak sub ke orang lain. Pasang DB kecik dan earthing 1 rod copper dia charge RM150..takleh nego lagi dah dan dia ambik upah uruskan pasang meter RM150..wiring dari DB ke meter yang diletakkan pada tiang letrik saya lay sendiri panjat memanjat pinjam tangga kontraktor. Kabel beli 50 meter, RM3.10 semeter (RM155), beli di Kepong masa balik kampong. Bila dah lay je, tak cukup panjang. Telefon kontraktor letrik tu tanya dia mana nak beli yang murah. Dia kata yang murah di Dungun, 2nd murah di Paka. Sebab nak cepat saya g beli di Paka. RM3.50 semeter. Tak tau berapa panjang yang tak cukup jadi saya beli lagi 30 meter (RM105). Deposit untuk pasang meter sementara ni lebih mahal dari meter kekal. Deposit dan pasang meter lebih kurang RM1500.

Ngam-ngam lukisan siap pekerja indon pon sampai untuk memulakan kerja. Kepala dia orang melayu duduk Dungun. Saya dapat contact dia dari Mudah.my. Kerja pertama yang indon nak buat adalah rumah kongsi. Macam takde guna je habiskan duit dengan upah RM300 buat setor tadi sebab idon tu dia buat lagi besar, boleh baring dalam tu untuk 6 7 orang. takde charge upah. beli barang je.

(renovation stor yang dah jadi rumah kongsi - barang semua kena letak luar)

Disebabkan barang dah letak kat luar jadi perlu beli canvas untuk tutup simen dari terkena hujan. Masa start projek dalam bulan Mac, hujung-hujung musim hujan, tapi masih lagi hujan. Harga simen akan naik dikala musim kemarau sebab orang kurang buat rumah dikala musim hujan, permintaan kurang, harga pon jatuh..jatuh singgit dua je..sesetengah hardware tak turunkan pon harga..kita ni sebagai pelanggan terpaksa beli sebab nak cepat dan mudah dapat.

 
(kerbau melintas - penghuni kawasan ini selama ini)

(bahan-bahan permulaan untuk setting-out tapak dan pad footing - hantar sekali barang renovate stor)

Setelah mendapatkan kelulusan PBT, barulah boleh buat rumah. Tapi persediaan untuk buat rumah ni dah pon dibuat lebih awal sebelum dapat kelulusan lagi. Ada je pemaju yang buat je rumah dulu dan dalam masa yang sama dapatkan kelulusan. PBT mungkin terlepas pandang, kenapa??

Cuba anda bayangkan setaf/pegawai bahagian yang menjaga bahagian tersebut 2 3 orang je..termasuk bos..paling ramai pon bayangkan lah 5 6 orang..mereka nak kena jaga seluruh Kemaman. Sedangkan kongsi gelap pon ada abang kawasan di setiap kawasan dan belum tentu terjaga kawasan dia..inikan pulak 5 6 orang jaga satu kemaman. Mesti la ada yang terlepas pandang, lebih-lebih lagi kawasan terpencil atau nilai pembangunan yang kecil (100k-300k).

10 comments:

  1. boleh sy dptkn no indonesia yg buat stor tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kontraktor melayu..tukang indon..
      harga lebih kurang tukang biasa je..
      0199327080 saiful

      Delete
  2. Salam. Adakah tuan pakai lesen kontraktor utk buat rumah ni? Coz kat Selangor kena erect signboard tulis nama kontraktor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni no ws pelukis pelan & kontraktor berdaftar. 0149824335

      Delete
  3. Ada n3 rumah yg dh siap ke
    Menarik ni

    ReplyDelete
  4. ni no ws pelukis pelan berdaftar. 0149824335

    ReplyDelete
  5. maaf tanya pn berapa lama perlu tunggu selepas tambak tanah sebelum bina rumah

    ReplyDelete