Tiang dinaikkan dahulu sebelum ikat bata dinding. Besi Y diikat dengan beli link dan dikepung dengan plywood dan dituang dengan bancuhan simen konkrit. Untuk projek ni buat sebanyak 3 kali untuk dapatkan semua 33 tiang sebab bajet beli plywood tak banyak. kalau nak capat dan banyak duit boleh la jalan sekali gus. Kemudian Frame pintu diletakkan pada kedudukan yang diinginkan.
Masalah dengan kayu masa beli adalah kayu panjang 10' dan 12' lebih cepat habis dari yang 14', kayu tak lurus tak boleh nak guna akan dibuang macam ru je. Kalau pakai jugak nanti tiang jadi senget. Beli se tan, hampir separuh tak boleh pakai sebab bengkok. Pastu kena beli lagi yang lain.
(kayu banyak yang bengkok - tak guna dan buang mcm tu je)
(frame kayu pintu depan bersaiz 6x7 - untuk pintu 2 daun)
(frame pintu yang lain guna besi - saiz 3x7, untuk bilik air kurang sikit kelebarannya)
Frame tingkap dan sliding door belum pasang sebab guna aluminium, jadi pasang kemudian. Kalau guna kayu kena pasang sambil ikat bata. Rasanya boleh kot pasang kemudian kalau frame kayu. Tak tahu lah.
(pandangan belakang)
(pandangan belakang)
(pandangan tepi/depan)
(batu crusher run yang berlebihan - 2 longgok)
1) Bata simen 36 pallets, RM115/pallet = RM4140 (beli dengan Hamzah Ibir)
2) Frame pintu utama (kayu) RM220
3) Frame pintu (besi), 9 buah, RM55/buah = RM495
4) Pasir sedang 1 lori RM300 (Hamzah Ibir)
5) Sewa mixer 1 bulan RM400
6) Simen (masih guna yang sebelum ini, belum habis)
7) Plywood 9mm, 13 keping, RM42/keping = RM546 (untuk buat tiang)
8) Kayu 1x2 (guna mana yang ada sebelum ni)
Frame tingkap belum pasang, kena survey kedai aluminium yang boleh bagi harga termurah pada kualiti standard.
Boleh tak bagi tahu harga tuk harga barang sekarang...
ReplyDeletesalam... mungkin sebagai rujukkan harga barang boleh rujuk online kedai hardware ini http://www.atkc.com.my/
ReplyDeletebrp saiz tiang ye? lebar panjang tinggi
ReplyDeleteBoleh tak bagi video semasa padang frame pintu?
ReplyDelete***pasang***
ReplyDelete