Friday, September 19, 2014

7. Kerangka Konkrit Beam Atas




Kerangka beam atas boleh dibuat sebelum atau selepas ikat bata. Jika buat sebelum ikat bata maka kena banyak pakai kayu 1x2 dan 2x5 sebagai penahan beam. Jadi lebih jimat kalau ikat bata dahulu. Kalau tak buat beam pon rasanya boleh jika bumbung tak berat. Beam ni penahan kekuda dan atap, bila ada besi dalam beam maka kekuatan beam adalah sekata berbanding tidak buat beam beban atap dan kekuada akan terus ke dinding. Lebih kurang macam tu la. Pikir lojik je.



 
(kerja-kerja setting nak pasang acuan kerangka beam)

 
(acuan beam yang dipasang)

Lepas buat kerja-kerja beam ni tukang akan cuti lebih kurang sebulan lebih sebab bulan puasa dan cuti raya. Lamanya rasa nak tunggu rumah nak sambung semula. Risau juga barang-banrang yang ditinggalkan di tapak. Mixer akan dihantar semula dan akan sewa semula bila masa nak sambung nanti.

Tukang indon yang kerja ni semua ada IC, merah. Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana telah memberikan kemudahan kepada mereka ini untuk mencari rezeki. Setahu saya jika tukang tu ada IC maknanya mereka dah datang ke Malaysia sebelum tahun 1996, lepas 1996 kerajaan dah tak bagi mungkin sebab dah mula sedar kesannya kepada negara.

Salah seorang wak ni cerita dia datang Malaysia sejak tahun 80'an. Dia pernah kena tahan dan dimasukkan ke penjara Kajang sebab takde IC. Duduk penjara selama 3 bulan. Tapi sekarang dah ada IC. Best kn kalau ada IC banyak negara, bebas nak ke sana ke sini...Hanya di Malaysia.

Wak ni orang Jawa Timur, sebelum ni main area Lembah Klang. Area lembah Klang dah terlalu ramai orang indon, bangla, myanmar buat kerja kontrak. Baru beberapa bulan masuk main area Terengganu. Ikut kontraktor buat rumah ni baru 2 bulan. Gaji sehari RM80. Kerja dari kul 8 pagi sampai kul 6 petang. Setiap 2 jam rehat 10 minit. Tengahari rehat sejam, mandi dan makan nasi. Kalau ada orang nak bagi RM85 sehari dia akan cabut tinggalkan kerja sekarang ni. Senang sebab dah ada IC. Kalau tak caya cuba la buat, tanya tukang mana2 gaji sekarang berapa..bayar lebih RM5 dia akan ikut.

Begitulah serba sedikit pasal wak-wak yang jadi tukang untuk buat rumah ini.

Senarai barang dan harga yang dibeli dan digunakan setakat ini:
1) Simen 25 beg, RM20/beg = RM500 (beli dengan Hamzah Ibir) mahal sebab dengan kos angkat, kalau beli dengan hardware lain takde service angkat, hantar cas angkat pon cas lagi RM1 sebeg.
2) Pasir Sedang 1 lori = RM250
3) Batu 3/4 1 lori = RM420
4) Plywood greenline 12mm 10 keping, RM50/keping = RM500
5) Kayu 1x2, 1200 kaki, RM0.30/kaki = RM360
6) Kayu 2x3 tak ingat sekaki berapa, dan dah order berapa? = RM480 (kayu 2x3 atau 2x5 untuk tongkat beam)
7) Paku 2 1/2" sekotak RM35
8) Paku simen 2" 2 kotak, RM6/kotak = RM12
9) Dan ada barang-barang yang digunakan dari pembelian sebelum ini.

4 comments:

  1. assalamualaikum...saudara..
    tumpang bertanya, boleh berikan info tentang spesifikasi binaan rangka bumbung besi dengan saiznya sekali..hantar dalam wasap pun ok..013-6795444 (aziz)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...saudara..
    tumpang bertanya, boleh berikan info tentang spesifikasi binaan rangka bumbung besi dengan saiznya sekali..hantar dalam wasap pun ok..013-6795444 (aziz)

    ReplyDelete
  3. Assalam masih ada lagi x nmbor cntact wak Indonesia ni?

    ReplyDelete