Atap (roof tile) adalah jenama Monier jenis Contour. Atap ada banyak jenis dan jenama, tapi kalau atap genting memang jenama Monier rasanya paling top kat Malaysia ni. Atap untuk rumah ini bersudut 30 darjah. Pelukis pelan kata paling maximum. Memang curam, sehingga tukang pon kata atap tinggi sangat dah sama tinggi dengan ruang dalam rumah, macam 2 tingkat.
(compact roll jenama Monier)
Pemasangan siling luar bagi kemasan serta menutup pemandangan yang tak berapa cantik di siling. Jika kekuda kayu mungkin boleh tunjuk kekuda selepas dicat. Kalau guna besi lebih elok tutup dengan siling.
Perbelanjaan atap setakat ini:
1) Atap Monier Contour 3000pcs, RM2.10/pc = RM6300
2) Perabung (ridge) 87pcs, RM10/pc = RM870
3) Perabung sudu (hip) 4pcs, RM20/pc = RM80
4) Compact roll (pelapik perabung) 3 gulung, RM220/roll = RM660
Perbelanjaan siling luar:
1) Siling 2x4, 73pcs, RM4/pcs = RM292
2) paku siling 1 kotak = RM5
3) paku konkrit 1 1/2" 1 kotak = RM6
4) Kayu masak 1x2, 275', RM0.50/ft = RM137.50
5) Kayu masak 2x2, 365', RM0.80/ft = RM292
6) Kayu penempet siling 1/2x 1 3/4, 640', RM0.40ft = RM256
Boleh cite ckit macam mana set plater syiling dan wiring. Bagi pada contractor yg sama ke.
ReplyDeletePlaster siling dan wiring sub con yang berlainan..kerana berbeza kepakaran..kalau kita bagi kedua2 kerja pada salah satu subcon pon nanti dia sub lagi kerja yang dia tak boleh buat tu..buat mana2 kerja dulu pon takpe..jika buat plaster siling dulu buat lah laluan naik ke atas siling..wiring buat bila dah siap pasang pintu, tingkap dan boleh kunci rumah..kalau tak nanti wiring hari ni esok tgk dah hilang
ReplyDeleteBgus bumbung cmtu insyaallah x dak isu hujn masuk...pelukis plan yg bgus
ReplyDeleteSudut bumbung tu memang dicadangkan oleh pelukis plan. Area kemaman ada ramai pelukis plan..sape2 nk pelukis plan ni boleh contact 0129012539 (Mubin).
DeleteAssalamu'alaikum boleh tahu brpe kos beli besi utk perabung
ReplyDeleteBerapa harga upah tukar perabung rumah 2tgkat dan menaruk krtas tar?
ReplyDeleteBerapa kos untuk atap genting lama tukar atap genting baru (atap monier)dalam 3500 keping rumah setingkat di Petaling jaya SS3
ReplyDeleteAssalamuaikum & Salam sejahtera. Boleh dpt no phone . Senang utk bertanya. - tmTel 0199825224
ReplyDelete