Plaster siling merupakan bahagian rumah yang penting dan mesti cantik dan kemas sebab buat sekali je tapi nak guna untuk 100 tahun berikutnya. Di kemaman ni ada 2, 3 kedai yang saya survey mempunyai reputasi yang cemerlang. Salah satunya adalah D & Y Plaster Ceiling. Ada beberapa cawangan di sekitar Terengganu. Secara peribadinya saya berasa berpuas hati dengan hasil kerjanya, setelah beberapa lama pon masih belum nampak crack pada bahagian penyambungan. Dan kekemasan pada bahagian penyambungan pon terbaik. Buat kerja cepat. PR mereka juga baik, kalau setiap kali pergi ke kedai mereka akan beri air kotak. Padan harga dengan kualiti yang diberikan.
Kos plaster ceiling:
1) Luas: 1860ft2 x RM4 = RM7440 (anggaran)
2) Skirting: dah termasuk dlm anggaran 1
3) Bunga pada kipas/lampu gantung: RM100/pc x 8pcs = RM800 + RM200 (tukar 2 pcs bunga baru)
4) Laluan masuk ke siling (optional): RM50/pc
Ikut plan asal bajet RM6500 je. ni dah lari banyak. Mungkin boleh dikurangkan jika pandai kawal nafsu. Tapi, boleh ke?
Lukisan kerja plaster ceiling
katalog antara bunga kipas/lampu
kayu yang akan diguna untuk gantung kipas
Pada asalnya dah pilih dan dah pasang bunga jenis ni. Tapi bila diteliti corak dia seakan2 ada Budha botak tengah duduk dan ada bunga teratai. (sila berhati2 memilih corak bunga ye)
Corak Budha tadi dah cabut...
...dan diganti dengan corak yang baru.
salam..nak tanya rm4 tu upah ke?
ReplyDeleteskali barang tu bos
DeleteTerbaik
ReplyDelete