Saturday, July 11, 2015

15. Paip Air


 

Kerja-kerja paip air ni saya buat sendiri dengan bantuan kawan memandangkan boleh buat sendiri dan dah pergi kursus paip A1. Pengendali paip ni ada dua jenis sijil kompeten. A1: pemasangan selepas meter hingga dalam rumah. A2: sebelum paip. Walaubagaimanapun, jika takde sijil pon masih lagi boleh buat kerja2 paip ni. Kerja paip ni takde la susah mana, boleh try and error je atau tengok tutorial di youtube. Tapi kalau malas, tak suka main dengan gam, takde alat, takde masa dan bermacam2 alasan lagi, boleh sub ke tukang je.



Kerja-kerja paip ni perlu jalan sebelum pasang tile dalam bilik air.

Barang2 serta fittings paip tak la mahal mana. Jumlah paling mahal pon kalau beli barang2 semua berkualiti sederhana rasanya tak lebih atau kurang lebih dalam RM1000 je. Yang mahal sikit pon cuma fittings bilik air macam shower set. Ada jenis stainless steel, plastic, pvc, copper dan lain2 lagi. Kalau upah biasanya sekali ganda atau ikut lumpsump. Kalau bayar rendah sangat tukang malas nak buat. Kerja yang berat dalam paip ni adalah nak hack dinding. Kalau melibatkan kerja2 belah atau hack dinding jadi mahal lah upah.

Mintak maaf kuantiti gambar kerja-kerja yang dijalankan kurang sebab tak done nak ambik gambar (buat kerja).



 
Paip ke sinki saya gina polypipe. tak guna pvc. saje je. biasa guna pvc dah memadai.

 
Paip ke tangki pon saya guna polypipe. saje jugak. last skali susah nak plaster sebab paip besar.

 
Paip dalam bilik air guna uPVC. Semua pvc guna jenis tebal.


4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hai.. tumpang tanya..berapa kosnya buat rumah macam ni?? saya nak buat rumah sendiri tp tak da pengalaman langsung.. tlglah saya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ws kawan saya. kontraktor bumiputera G4 berdaftar CIDB

      Delete
  3. Buat rumah sendiri area selangor hati2 kalau pakai pekerja indon. Aku dah kena tipu dengan sorang indon nama zul. Nama pasport aprilmyson. Rumah tak siap duit dah ambik habis.

    ReplyDelete