Sunday, July 12, 2015

18. Pendawaian atau Wiring


Pendawaian menggunakan khidmat pelajar kemahiran sekali lagi kerana bajet yang semakin berkurangan. Upah RM500 seorang. 4 orang.Spec wiring memang kelas. Jika diberi tukang rumah yang buat, banyak 'curi barang' bagi memudahkan kerja, janji siap, boleh ON. Bila budak yang buat, lurus bendul ikut buku lah, kopak pulak rasanya beli barang Hi spec.



Jika ikut harga semasa, upah tukang bergantung kepada bilangan point suis, lampu, soket, dll. Atau boleh juga lumpsum. Biasanya upah sebuah rumah banglow saiz ini dalam RM7000. Barang-barang pon lebih kurang RM7000.

Maaf lah ye, saya out station semasa kerja-kerja pemasangan wiring ni. Balik je tau-tau dah siap. Gambar kerja tiada.

Apa yang penting, sila pastikan rumah dah boleh dikunci sebelum buat wiring. Dah banyak kes kecurian berlaku. Selagi TNB tak masuk meter, selagi tu dalam bahaya.

Kerja-kerja memasang pintu juga terpaksa di skip kerana tiada gambar. Maaf lah yer. Upah pasang pintu, satu pintu dalam RM50 - RM70 sedaun pintu. Bagi pintu 2 daun upah lebih kurang RM140 - RM160. Upah pasang tombol kunci (bulat) pula lebih kurang RM15 - RM20 sebutir. Pintu ambik kualiti paling murah, kayu ringan. Paling murah pon RM100 lebih. Saya rasa dah padan kot. Tak perlu lah pakai pintu rintangan api.

3 comments:

  1. Boleh saya dapatkan nombor orang wiring yang mahir dan berpatutan harganya?

    ReplyDelete
  2. Kos bergantung kpd point dan berapa fasa bekalan

    ReplyDelete