Sunday, July 12, 2015

19. Siap rumah


Inilah dia hasilnya setelah berhempas pulas menjadi kontraktor tak berdaftar menyiapkan rumah sendiri. Rumah biasa-biasa je. Tapi rasa puas hati dengan kualiti pembinaan dan hasil dengan spec rumah pilihan sendiri. Rumah ini disiapkan bertujuan untuk mewujudkan sebuah rumah sahaja sebagai syarat dan dijangkakan akan di'renovate' pula pada masa akan datang mengikut selera dan kehendak penghuni rumah bergantung pada bajet. Rumah telah siap dibina pada bulan Januari 2015.



 

Rumah belum dapat CF atau CCC. Masih dalam proses memohon. Setelah berbulan runner menyepi pasal CCC, saya call dia. Dapat tahu personal pemilik cop Pelukis Pelan Berdaftar tersebut telah meninggal dunia. Patutlah dia pon diam je. Runner dan kawan2 yang menggunakan cop berkenaan tengah pening. Tujuan guna cop Pelukis Pelan Berdaftar adalah kerana murah, jika guna Arkitek harga jadi paling kurang naik sekali ganda. Ramai yang mengalami situasi sebegini. Pelukis Pelan Berdaftar tidak lagi diiktiraf oleh lembaga Arkitek Malaysia. Dah memang tinggal saki baki je kalau ada di Malaysia ni. Memang lepas ni semua projek kena guna Arkitek je. Cara dorang nak carik makan.

Rumah telah dibina pagar chain-link sahaja kerana bajet takde. Kos termasuk upah buat pagar chain-link adalah sekitar RM3000. Chain-link adalah jenis gred yang baik, bukan kaler hijau yang murah tu.

Rumah juga telah dipasang CCTV keliling rumah. Kos melibatkan perkakas CCTV sahaja sebijik CCTV RM290-RM320 beli online. Lazada dan mudah pon ada. Konsep CCTV akan rekod segala aktiviti. Ada movement sensor, light sensor dan noise sensor. Kos lain hanyalah kabel 2core, beli segulung yang kaler putih biru RM20-RM30 segulung, 3 pin soket dan plug 3 pin soket. CCTV jenama FOSCAM ini akan menghantarkan gambar ke email. Sangat penting jika ketika kita tiada di rumah. Kos upah pasang takde. Kos setting hanya belanja minum air je.

 
Bro Pd sedang setting CCTV 

Berkenaan CCTV ni, saya ada bersembang dengan ASP Hamzah Balai Polis Chukai. Dia kata penjenayah ni biasanya orang yang sama je. Biasanya dibawah pengaruh dadah. CCTV ni sangat membantu nak cam suspek. Sekali imbas je dia dah boleh cam budak mana. Sebab biasanya orang yang sama. Kantoi buat lagi. Bukti biasanya takde, dia sorok, hapus atau dah jual. Dengan bantuan CCTV ni dikatakan banyak dapat membantu.

Berikut merupakan gambar-gambar dalam rumah:

 
Master Bedroom

 
Master Bedroom

 
Bilik 1

 
Bilik 1

 
Pilik air simple je. Pintu lipat sliding.

 
Meja ni buat sendiri menggunakan kayu pallet dan kayu sisa binaan rumah ini.

 
Ruang Tamu

 
Kitchen cabinet saya akan buat sendiri memandangkan saya part time buat kitchen cabinet dan wardrobe. Tapi belum ada masa nak buat full time sebab terikat dengan kerja sedia ada.

 
Bilik 3

 
Bilik 3 

 
Bilik 2

 
Bilik basuh

 
Ruang keluarga dan dining pada masa awal2 iklan di Mudah. sekarang ni dah lagi cantik dan banyak barang.


Sekarang rumah ini sedang disewakan kerana hendak mengumpul dana bagi mencantikkan rumah. Banyak lagi kerja-kerja nak dibuat. Paling utama adalah buat landscape, tembok dinding dan tambah awning depan dan belakang. Rumah dilengkapi CCTV, penghawa dingin setiap bilik, Astro PVR HD Superpack 1, dan Internet WiFi bagi memenuhi kehendak penyewa.

 
Penyewa rumah. Disewa oleh company tempatan. Kereta boleh masuk 12 buah dalam pagar. Air dah bertakung depan rumah pon tanda-tanda nak kena keluar duit.

Berikut adalah gambar-gambar kerja-kerja tambahan rumah:

 
Kerja2 semasa pembuatan grill dan pagar


 
Kerja2 baiki longkang. Longkang takde, air bertakung, jadi kena buat longkang sendiri.

 
Kerja2 pasang siling gantung sendiri dengan bantuan kawan untuk bilik air san setor.


 
Ini lah rupa overflow pipe dari kerek najis. Tapi dah takde najis sebab najis masuk tangki septik. Yang keluar air ni nanti hanya air limpah saja. tak berbau pon.


Persoalan yang paling utama sekarang ni. Adakah saya berjaya menyiapkan rumah ini mengikut bajet asal RM130K asas rumah atau RM140K termasuk finishing.

Jawapannya tak berjaya.

Secara anggarannya, bahan untuk asas rumah tidak termasuk finishing telah habis RM80K-RM90K. Dan upah sekitar RM40K.

Tetapi finishing, barang elektrik (termasuk kipas dan lampu downlight) dan kerja-kerja tambahanlah telah membuatkan overbajet sehingga tambahan sekitar RM25K-RM35K.

Walaubagaimapun, harga ini lebih murah berbanding beli terus dari pemaju.

Kos keseluruhan (anggaran): Harga tanah RM65K (beli pada tahun 2012) + Harga rumah termasuk finishing RM165K = RM230K. Siap pada Januari 2015 tanpa CCC.

Kos ini sangat subjektif, boleh lagi dikurangkan jika anda boleh mengawal hawa nafsu dengan downgrade kan specifikasi pembinaan. Mungkin boleh dikurangkan lagi kehingga RM50K.

Semoga menjadi panduan bagi yang mengidamkan ingin membuat rumah sendiri.

"Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri."

Sekian, terima kasih.

46 comments:

  1. As salam..tahniah kerana bejaya menguruskan pembiaan rumah sehingga siap..sy juga dlm proses menyiapkan rumah pertama..bagaimana saudara membersihkan kawasan rumah selepas pembinaan?sewa case ke mcmana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di dalam blog ini saya takde tulis pasal buat/pasang pagar rumah. Sebelum pasang pagar saya sewa backhoe untuk buat kemasan ratakan tanah sekeliling. Sewa backhoe ikut jam dengan pemaju yang sedang buat rumah pada masa tu. backhoe dia jarang guna jd mudah nak sewa bila2 perlu. sejam RM50. Tapi jika sewa 1 hari atau 1/2 hari pon memadai.

      Adat orang buat rumah di Malaysia ni, jika tanah sebelah tanah terbiar atau hutan dan bukan dusun atau bukan tanah dijaga, kita buang je atas tanah mereka, takpe. Tapi kalau ikut rule majlis, majlis suruh buang dengan kaedah berbayar oleh kontraktor.

      Delete
  2. Pada pandangan tuan di manakah rasa nya yg blh kita jimatkan kos tolak tolak la pada finishing sbb finishing tuan bg saya sederhana simple but nice

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain dari finishing, bahan2 yang kita guna juga boleh jimat jika tidak memilih. Kadang2 1pc barang tu beza 20sen yang nampak sikit tu pon boleh jadi penyumbang besar bila total. Contohnya:-
      1) Atap geting: Monier Alabama RM1.90 sekeping. Monier Contour RM2.10. Saya order 3000pcs x RM0.20 = RM600
      2) Kekuda: Jarak antara kekuda. Saya buat 2kaki. Jika buat 3kaki pon boleh tahan. Boleh jimat bahan dalam 10 ke 30% rasa nya.
      3) Untuk bumbung dan kekuda saya perabis dalam RM15K (kalau tak silap). Saya buat bumbung jenis A (banyak guna atap geting dan kekuda) Boleh jimat jika buat bumbung atap jenis sesikat (lebih 50% penjimatan) dan kelihatan lebih modern. Kontraktor yang buat rumah ni juga buat rumah sendiri dan hanya perabis RM5k sahaja untuk atap dan kekuda kerana buat atap jenis sesikat dan boleh murah lagi jika guna atap metal deck.

      Banyak lagi cara boleh jimat. Wiring, Tiles, Kelengkapan tandas, dan lain2 lagi tapi kena kaji dengan lebih detail.

      Delete
  3. Tahniah tuan!! berjaya jugak akhirnye...

    ReplyDelete
  4. t.kasih...pengalaman yg dikongsi amat berguna utk org lain..

    ReplyDelete
  5. Tahniah...tuan man..
    Boleh bg sy nombor wak tukang tu..wasap@sms 0195742008 madi

    ReplyDelete
  6. tahniah...
    boleh bg sy nombor wak tukang tu.. email fionne_018@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. Tahniah tuan. Saya juga dalam proses menyiapkan rumah sendiri. Nasib saya kurang baik kerana dapat kontraktor yang tidak competent dan kuat menipu. Menyebabkan bajet banyak lari. Di pertengahan projek setelah kontraktor mengaku tak mampu menyiapkan rumah pada harga asal, saya telah ambil alih sepenuhnya daripada dia. Kalau saya masih teruskan lagi dengan kontraktor ni, confirm duit takkan pernah cukup disebabkan sikapnya yg tidak amanah.

    Sekarang saya diperingkat 90% siap. Kos memang dah lari banyak tapi daripada perbandingan dgn kos2 rumah di pasaran, kos saya masih pada paras yang normal. Sememangnya kalau kita boleh urus sendiri pembinaan rumah, sebenarnya harga rumah tidaklah terlalu mahal seperti pasaran rumah sekarang. Itu saya take over pada stage 50%. Kalau tahu nak jadi begini, dari awal elok saya buat sendiri saja... Lebih banyak dapat dijimatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah tuan telah mengambil tindakan yang betul. Kalau cakap pasal duit ni adik beradik pon boleh putus.

      Biasanya ada beberapa faktor kenapa kontraktor/tukang gagal menguruskan kewangan mengikut progress.
      1) Banyak projek lain. gali lobang tutup lobang.
      2) Banyak hutang.
      3) Tuan rumah lain tak bayar pada kontraktor tersebut. Jadi dia akan guna mana2 sumber dari projek lain untuk bayar gaji pekerja.

      Memang kebanyakan tukang kadang2 belit2 sebab desakan hidup. Ramai Indon boleh jadi tauke tapi last skali tak tahan sebab overhead nk bayar pekerja tinggi disebabkan oleh 3) Tuan rumah tak bayar progress payment dengan cantik atau lambat. Pekerja mogok.

      Delete
    2. Betul. Saya pun sedang alami kontraktor kuat nipu dan tak tepati janji. Duit nak cepat dan tak ikut progress.

      Delete
  8. terima kasih tuan,

    saya banyak dapat ilmu dari blog tuan

    ReplyDelete
  9. Salam..terima kasih tuan untuk panduan dari blog tuan ini..sungguh bermanafaat

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.
    Tahniah tuan berjaya bina rumah sendiri!
    Saya suka perjalanan perkongsian cerita dalam blog ni.

    Saya bercadang dlm masa terdekat beli tanah lot 6000sqf di Kuantan.
    Dan saya juga bercadang untuk timba pengalaman pertama bina rumah sendiri, setelah memiliki dua rumah teres beli dari pemaju.
    Soalan saya bagaimana nak apply bank loan untuk bina rumah sendiri? Saya bekerja dengan syarikat swasta.
    Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan saya, memandangkan tuan dah ada 2 buah rumah, jika rumah tersebut disewakan dia akan jadi aset. Ada punca pendapatan kat situ.
      2) Jika tuan ada buat pelaburan yang lain, ASB atau lain2 income bulanan.
      Boleh cuba submit loan. Harga tanah di Kuantan pon boleh tahan jugak jika 6000sqft tu.

      Delete
  11. Saya pun masih dalam perjalanan yg jauh untuk pembinaan rumah di kuantan..boleh melawat blog saya di bungalowidaman.blogspot unk perkongsian ilmu..tq

    ReplyDelete
  12. salam tuan.. bole sy dapatkan nombo tuan..? please wasap sy 0199837782

    ReplyDelete
  13. Tahniah tuan..siap jugak rumahnya..sempoi..hehe..nk mtk pandangan sikit tuan..saye buat rumah dari bata ibs..dengan keluasan 3000kps..cadangan tuan..patut ke x saye plaster dinding dalam..lg satu..berkenaan pagar..mcm mane nk buat pagar yg menjimatkan..sbb tanah saye tu 4 ekar...ad cadangan tuan?..tq kongsi ilmu

    ReplyDelete
  14. Tahniah. Saya juga baru menyiapkan rumah sendiri dengan keluasan 30x60 kaki tak termasuk garaj. Kos upah rm50k dan keseluruhan kos lebih kurang rm180k...siap.

    ReplyDelete
  15. Tuan nk tya. Pln rumah saya Build up area around 1050sqft.. dgn kos tukang bagi rm95/sqft utk binaan dgn atap genting.siap A-Z kecuali aksesori spt lampu dan kipas. Adakah harga ini berpatutan atau saya boleh dpt pnjimatan sekiranya menguruskn sndiri proses pembinaan? (Upah tukang sekarang rm27/sqft)

    ReplyDelete
  16. Boleh bagi tuan punya costing dalam excel tu...plan nak buat rumah jugak di kerteh...email amuradoth@gmail.com

    ReplyDelete
  17. Perkongsian tuan memang terbaik. Banyak membantu saya yang tengah plan untuk buat rumah di kampung. Klu tak refer maklumat tuan byk yang saya akan mislook.


    TQ

    ReplyDelete
  18. saya dok tertangguh tangguh dari tahun lepas nak buat rumah, ..saya tak pasti nak cari tukang...bole percaya ka kontraktor yang kata boel siapkan dalam jangka masa yg ditetapkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan, jika nak buat plan submit ke mpsp/mbpp, contact saya: 01132299129. insyaAllah boleh diuruskan.

      Delete
  19. Assalammualaikum...tuan,puan ingin membuat rumah blh call 01133085303
    inshaallah smuanya blh bncang...jnji tuan rumah puas hati...

    ReplyDelete
  20. boleh email saya pada op75ml@yahoo.co.uk saya sedang cari tukar rumah di selangor

    ReplyDelete
  21. slm tuan..tahniah da siap rmh...boleh share pelan rmh ni..sbb sy dlm proses nk buat rmh...berkenan tgk ade bilik basuh...klu bleh email ke biezainalabidin@gmail.com....rmh ni simple but nice..tq

    ReplyDelete
  22. Very interesting tengok komen2 dari sahabat semua berkenaan dgn bina rumah sendiri....just to share, saya dpt quotation utk buat rumah dlm rm70/sf....exclusive finishes, painting till undercoat sahaja......anybody can advise other contractor with competitive price with acceptable workmanship......area jalan kebun, selangor...

    ReplyDelete
  23. Salam saya tgh buat banglo di bukit antara bangsa. Dari tanah contour. Saya jadikan flat. Dari kosong saya design kan MENGIKUT tuan rumah. Dari kosong sekarang dah nak naik tiang. InshaAllah Sama2 bantu Dan dipermudahkan urusan semua. Projek kecik besar semua saya ambil kalau kena harga. Terima kasih. ALI PRIME 0104690308

    ReplyDelete
  24. Salam. Klo Bina rumah 2 bilik tnh sendiri brpa Kos? Patern mna yg jimat

    ReplyDelete
  25. blog tuan sangat membantu. Walaupun saya seorang perempaun, saya nak buat rumah sendiri..mungkin sukar tp bukan mustahil..saya sedang membanyakkan ilmu melalui pembacaan dan blog seperti ini. terima kasihh. smoga tahun 2020 saya berjaya membina rumah idaman walau harus berdepan cabaran

    ReplyDelete
  26. If you're trying to lose pounds then you absolutely have to start using this brand new custom keto meal plan.

    To produce this keto diet service, certified nutritionists, fitness couches, and professional chefs have joined together to develop keto meal plans that are useful, suitable, money-efficient, and delicious.

    Since their launch in 2019, hundreds of individuals have already completely transformed their body and well-being with the benefits a good keto meal plan can offer.

    Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover 8 scientifically-confirmed ones provided by the keto meal plan.

    ReplyDelete
  27. terima kasih atas perkongsian.....banyak yg boleh saya belajar....dah baca semua tapi x jumpa tempoh bina berapa lama? start bila dan complete bila?harap boleh berkongsi...terima kasih

    ReplyDelete
  28. Tahniah tuan,saya pun sdg belajar.
    Sapa tau pro n con bina rumah IBS? Share

    ReplyDelete
  29. Askum bolih wasp saya 0122113417
    Nak minta nasihat buat rumah 5bilik

    ReplyDelete
  30. Saya cari tukang rumah nak buat bangalo 6 buah. Kawasan port dickson. Tukang rumah bukan kontraktor. Bahan saya beli. WhatsApp 0192663064

    ReplyDelete
  31. Tahniah tuan.. perkongsian yg sgt bermanfaat. Saya juga merancang untuk membina rumah idaman di tanah sendiri. Doakan urusan Saya dipermudahkan .

    ReplyDelete
  32. salam tuan
    mohon info berkaitan bajet rumah,bahan asas dll utk jadikan sebuah rumah...boleh forwardkan pada saya no tel 011-63255225 @ emelkan shahir5599@gmail.com
    segala jasa baik tuan amat dihargai dan hanya Allah sahaja dpt membalas jasa tn

    ReplyDelete
  33. Saya ingin berbagi dengan Anda semua di sini bahwa ada peluang besar bagi individu atau perusahaan untuk mengakses pinjaman dari Tuan Pedro, petugas bagian pinjaman yang memberi saya pinjaman sebesar $800,000 untuk membiayai proyek bisnis saya dengan tingkat pengembalian tahunan 2%, Tuan Pedro adalah pria baik hati yang bekerja dengan investor dan mereka juga menawarkan program pinjaman investasi untuk membiayai bisnis bonafide di seluruh dunia.
    Hubungi Tuan Pedro
    Di Email:pedroloanss@gmail.com
    Nomor Whatsappwhatsapp: +393510140339.

    ReplyDelete