Friday, September 19, 2014

5. Ground Beam dan Pertapakan


Kaedah membuat ground beam dan pertapakan yang dibuat dalam projek rumah ini adalah kaedah rakit. Saya tak tau lah apa yang rakitnya. Kalau kaedah biasa, ground beam dibina terlebih dahulu kemudian masukkan tanah dalam tapak sehingga penuh setinggi kurang 4 inci dari beam tersebut. Kemudian tuang simen sehingga searas beam tadi. Tetapi kaedah rakit ni beam dan lantai dibuat sekali. Kena order concrete ready mix sebab nak kering sekata dan dikatakan tapak jadi lebih kuat sebab beam dan lantai bersatu. Kaedah rakit akan menjimatkan kayu dan plywood bagi buat beam tetapi kena order concrete ready mix yang lebih mahal dari buat sendiri guna mixer.



 
(plywood beam sebelah luar, bahagian dalam ikat bata)
(Plywood beam ni saya ambil dari site Bro Pd yang dah siap - percuma) 

Bata diikat sebelah dalam dan playwood beam sebelah luar. Simen dah order 50 beg untuk kerja buat stam dan ikat bata beam ni. Sebeg RM18.50. Pasir sedang beli 1 lori RM400. Bata simen dah order awal aritu, 8 pallet, sepallet RM136.

 
(Paip najis 4", paip air 2" - pasang sendiri sebab takde dalam skop tukang) 
(Pada masa ini siram racun anai-anai sekali - 1/2 tin)

Tanah diisi dalam tapak sebanyak 6 lori besar, selori RM120, beli dengan En. Nordin, mahal RM20 berbanding Hamzah Ibir. Beli dengan dia sebab lebih cepat dan sebab dah sewa JCB dengan dia. Sewa JCB separuh hari RM250 untuk ratakan tanah. Kemudian disiram semalaman supaya mendak dan padat. Siram guna paip panjang dan sistem siraman spiral yang pusing-pusing tu. Alat-alat siraman kontraktor bagi pinjam, takyah bayar. Pastu boleh dicompact untuk ratakan dan mampatkan lagi tanah. Pada masa ni boleh la kalau nak siram racun anai-anai sekali lagi. Masa ni guna racun setengah tin (setin 4 liter RM145).

 
(longkang yang dikorek untuk letak besi dan simen ready mix) 
(masa ni siram racun anai-anai sekali lagi)

 

Batu crusher run dialas atas tanah sebelum diletakkan tanah semula. Tebal crusher run adalah sebih kurang 4". Selepas itu tanah dicompact menggunakan compactor. Kemudian lapik dengan plastik biru bertujuan untuk mengelakkan air atau wap air naik ke permukaan semasa hujan atau banjir. Jadi lantai tak berpeluh. Plastik lantai biru segulung RM95, lebar tak ingat..12' atau 16', panjang 20m atau 50m juga tak ingat, guna segulung lebih, kena beli 2 gulung, ada lebih dalam setengah gulung.

Selepas itu, bentang besi BRC dan tuang concrete sehingga penuh ikut ukuran tebal mana anda nak. Lepas ni akan ada lagi letak simen bancuh guna mixer, render lantai. Masa tukang buat process ni saya takde sebab outstation jadi tak sempat ambik gambar. Tahu-tahu je dah siap dan dah nak buat tiang. BRC guna sebanyak 32 keping, sekeping RM65, jenis tebal, 6mm ke 8mm ntah..dah lupa.


Berikut adalah senarai barang dan harga yang saya beli sehingga peringkat ini:
1) Tanah 6 lori, RM120/lori = RM720
2) Besi BRC A8, 32 keping, RM65/keping = RM2080
3) Plastik lantai 2 gulung, RM95/gulung = RM190
4) Ready mix concrete gred 22 normal, 22m3, RM200/m3 = RM4400 (Transportation charge RM150)
5) Bata simen dah dibeli sebelum ini
6) Paku konkrit 2 kotak, RM6/kotak = RM12
7) Batu 3/4, 14 tan (selori), RM40/tan = RM560
8) Canvas 20'x20' RM75 (untuk tutup simen)
9) habis duit beli paip 4" dan 2" RM294.50
10) Kayu 1x2 gred B 12', beli 1320 kaki, RM0.30/kaki = RM396
11) Crusher run 35.19 tan (2 lori), RM32/tan = RM1126 (guna sikit je masa peringkat ini - bazir je beli 2 lori)
12) Sewa mixer untuk ikat batu RM400 sebulan Transport RM300 (Mahal gila transport)

33 comments:

  1. Salam. Boleh sy tahu keluasan binaan.. Sy dalam proses utk mengubahsuai rumah sendiri.. Sy ingin membina sebuah bilik dan juga ruang dapur dalam keluasan 20ftx16ft. Adakah jumlah pembelian barang menghampiri kos 15k?

    ReplyDelete
  2. Salam. Boleh sy tahu keluasan binaan.. Sy dalam proses utk mengubahsuai rumah sendiri.. Sy ingin membina sebuah bilik dan juga ruang dapur dalam keluasan 20ftx16ft. Adakah jumlah pembelian barang menghampiri kos 15k?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak berapa reti nak jawab mcm mana ni..

      Boleh jadi 15k tu siap upah dan barang.. boleh jadi 20k..

      Untuk ubahsuai ruang yang tak berapa besar ni biasanya bukanlah bahan yang mahal tetapi upah yang lagi mahal. Kalau upah sikit dan tukang rasa tak padan. Tukang letak harga tinggi kalau taknak takpe. Dia boleh cari orang lain.

      Delete
    2. Mahal sgt kalau smpai 15k tu. Klau sekali upah boleh diterima lagi. Plg kurang 2-3mgu dh boleh siap bilik ngn dapur tu.

      Delete
    3. Mahal sgt kalau smpai 15k tu. Klau sekali upah boleh diterima lagi. Plg kurang 2-3mgu dh boleh siap bilik ngn dapur tu.

      Delete
  3. Barang sekarang kesemuanya mahal + gst lagi..nak tau harga barang kena tgok drawing.sebesar mana design apa kehendak tuan tanah..

    ReplyDelete
  4. Barang sekarang kesemuanya mahal + gst lagi..nak tau harga barang kena tgok drawing.sebesar mana design apa kehendak tuan tanah..

    ReplyDelete
  5. Barang sekarang kesemuanya mahal + gst lagi..nak tau harga barang kena tgok drawing.sebesar mana design apa kehendak tuan tanah..

    ReplyDelete
  6. Barang beli kat mana? Macam murah je

    ReplyDelete
  7. Barang beli kat mana? Macam murah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Projek ni tahun 2014 boh..rumah siap januari 2015.

      Delete
  8. upah pekerja memang mahal sekarang ni bro!

    ReplyDelete
  9. Tambah garaj dpn tp stanby untuk tmbah tgkat atas. Kene bt beam kan? Brape anggaran kos upah n brang ya?

    ReplyDelete
  10. Tambah garaj dpn tp stanby untuk tmbah tgkat atas. Kene bt beam kan? Brape anggaran kos upah n brang ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Refer keluasan yg mau diextend.
      Sila call 0133108063.

      Delete
    2. Refer keluasan yg mau diextend.
      Sila call 0133108063.

      Delete
  11. Assalammualaikum Tn,
    Mcm mn nk kira costing Bgn binaan + upah bg rumah berukuran 24'x 70'.Sister pad footing,lantai simen render kecuali tandas,bumbung genting

    ReplyDelete
  12. Anggaran bajet bina studio house berapa ya.

    ReplyDelete
  13. Ada no phone tak??nak wsapp tnya beberapa soalan

    ReplyDelete
  14. Sy nk tnye ikat sembilan dgn buat beam mna lbih baik untuk bt tapak rumah

    ReplyDelete
  15. Cara2 nak tanam tiang besi mcm mana ye?

    ReplyDelete
  16. Boleh saya tahu berapa kos bagi binaan luas dalaman 632 kps , luas luaran 32 kps , luas semua 664 kps .
    Tinggi lantai dari tanah 1'
    Tinggi siling dari lantai 11'
    Jubin lantai penuh
    Jubin dinding tandas penuh
    Jubin dinding dapur penuh
    Atap geting kongkrit
    Plaster siling kapur
    Pintu kayu mumbung
    Jendela casement
    Pintu tandas urobold
    Tandas duduk
    Sinki tandas
    Sinki dapur 2 muka
    Table top sekeliling 8'×6'
    Cat 2 lapis
    Wiring single pass
    Plumbing
    Soket
    Lampu
    Suiz lampu
    Besi saiz y12
    Brc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ground beam
      Uppers beam
      Column
      Pile
      Atau asas rakit

      Delete
  17. Hai..boleh saya tahu apa kebaikan dan keburukan jika tidak mendirikan ground beam pada sesebuah bangunan??atau tempat kediaman??

    ReplyDelete
  18. Mana lagi jimat konkrit order atau bnci sndri

    ReplyDelete
  19. harga standard zaman lani la harga tu,xlebih,tak kurang

    ReplyDelete
  20. Salam..nak tanye kalau ambik upah untuk buat tapak cakar ayam rumah dgn pasang besi beam berapa ye..barang2 smua da ade..tinggal ikat besi cakar ayam dgn beam

    ReplyDelete
  21. Nk tnye..ape sbb penyokong pd beam rumah masih belom dibuka?

    ReplyDelete
  22. 0195598390 boleh bincang harga

    ReplyDelete
  23. fuhh mahal betul mixer rm400+300 thn 2014.
    hrga sya skrg ni rm400 siap transport 2021

    ReplyDelete
  24. Nak tanya Ready mix concrete bila kena order...contoh kalau order hari esok nak boleh ke...?ke kena order awa²..
    Tp takut hujan rugi la pulak kan....

    ReplyDelete