Plaster atau Pelepaan dinding boleh dijalankan pada selepas siap ikat bata. Seeloknya pada selepas pasang atap kerana redup sedikit. Kata tukang, jika tak pasang atap dulu, panas akan buat plaster dinding retak atau merekah. Untuk projek ini, disebabkan nak cepat maka buat la mana yang boleh jalan dulu, buat masa ni atap belum sampai sepenuhnya dan kekuda pun masih dalam progress.
Plaster ada dua jenis, 1) kasar, 2) licin. Kasar biasanya pada dinding sebelah luar atau dinding yang nak tile (bilik air/dapur). Bancuhan simen plaster kasar dibuat menggunakan mixer. Bancuhan adalah simen, pasir halus dan air, bancuh sampai jadi macam bubur. Plaster licin biasanya untuk ruang dalam rumah. Plaster licin dilakukan selepas plaster kasar (2 kali kerja). Komposisi bancuhan adalah kapur dan simen sahaja. Bancuh sampai jadi jemek macam lumpur laut atau kolam.
Kerja plaster menggunakan 4 orang, 3 orang buat plaster, 1 orang angkat bancuhan dan prepare/kemas tempat.
(plaster kasar dahulu, sebelum plaster licin)
(dapur, atas plaster licin, bawah plaster kasar untuk pasang tile dinding)
(plaster licin dalam bilik)
(membancuh plaster licin (kapur dan simen) dalam kereta sorong)
Perbelanjaan kerja-kerja plaster setakat ini:
1) Simen 110 beg, RM20/beg = RM2200 (siap hantar, siap turunkan)
2) Kapur simen 2 bundle, 1 bundle = 100beg, RM3.50/beg (100 beg) = RM350 (Hamzah Ibir), RM3/beg (100 beg) = RM300 (Muara Kalongan)
3) Pasir 2 lori, RM360/lori = RM720
4) Mixer RM400/bulan
Selepas plaster siling, render laintai. Render guna simen pasir dan air. sama macam plaster kasar. Sambil itu dah boleh pasang tangki.
(tangki bersaiz 80 gelen, paling kecik di hardware, guna 2 tangki setiap bilik air)
(render lantai dapur)
(render lantai family area dan depan pintubilik)
(render depan tandas 1)
Kos render dan tangki air:
1) Tangki air 80 gelen, 2 biji, RM100/biji = RM200
2) Simen 30 beg = RM600
3) Pasir sedang selori RM300
4) Kayu 2x4 dan plywood alas tangki, guna semula mana2 yang ada.
assalamualaikum, encik beli meterial kat mana ye, terima kasih jika sudi kongsi.
ReplyDeleteHamzah Ibir, Muara Kalongan..apa yang penting dekat dengan kawasan kita nk bina rumah tu. murah atau mahal lebih 10sen 20sen kadang2 rm1 rm2. Yang paling penting boleh dapat cepat dan mudah lebih2 lagi waktu2 terdesak.
DeleteBeli mana mana kedai
DeleteSalam, kalau tak keberatan boleh kongsi nisbah nak bancuh plaster tu tak? Plaster kasar dan licin. Untuk makluman orang baru nak belajar mcm saya nie :)
ReplyDeleteSaya tak mahir dalam kerja pembinaan. Sikit2 boleh la..Saya background Elektrikal dan Aircond.
DeleteApa yang saya nampak..nak buat licin kena buat lapisan kasar dulu, bancuhan kasar simen+pasir+air secukup rasa. pastu campur simen+kapurkapur utk buat bancuhan yang licin.
Betul ke macam ni?..hehehe..
https://www.scribd.com/doc/236101831/Nisbah-Bancuhan-Simen
DeleteTuan boleh baca sini
Kota xleh nak agak kalau tgk tukang2 ni bancuh, sbb mereka dah biasa. Semua nampak diaorang agak2 jer.. Nase on pengalaman.
Saya perlu kan tenaga kerja plaster simen dan ikat batu,projek di country garden danga bay j.b condo 60 tingkat,diperlukan dengan segera. 0145444832 sham
ReplyDeleteSaya perlu kan tenaga kerja plaster simen dan ikat batu,projek di country garden danga bay j.b condo 60 tingkat,diperlukan dengan segera. 0145444832 sham
ReplyDeleterender guna simen bancuh atau ready mix tuan?
ReplyDeleteBERAPA LAMA MASA YANG DIAMBIL UNTUK MENYIAPKAN PLASTER DI DINDING YA?
ReplyDeletePasir halus 2lori tayar berapa ye
ReplyDeleteBerape harga upah plaster dinding rumah depan
ReplyDeleteBerapa harga plaster dinding tu? Upah sahaja..x termasuk barang
ReplyDelete