Sunday, May 24, 2015

12. Atap & Siling Luar


Atap (roof tile) adalah jenama Monier jenis Contour. Atap ada banyak jenis dan jenama, tapi kalau atap genting memang jenama Monier rasanya paling top kat Malaysia ni. Atap untuk rumah ini bersudut 30 darjah. Pelukis pelan kata paling maximum. Memang curam, sehingga tukang pon kata atap tinggi sangat dah sama tinggi dengan ruang dalam rumah, macam 2 tingkat.


(compact roll jenama Monier)


 

Pemasangan siling luar bagi kemasan serta menutup pemandangan yang tak berapa cantik di siling. Jika kekuda kayu mungkin boleh tunjuk kekuda selepas dicat. Kalau guna besi lebih elok tutup dengan siling.






Perbelanjaan atap setakat ini:
1) Atap Monier Contour 3000pcs, RM2.10/pc = RM6300
2) Perabung (ridge) 87pcs, RM10/pc = RM870
3) Perabung sudu (hip) 4pcs, RM20/pc = RM80
4) Compact roll (pelapik perabung) 3 gulung, RM220/roll = RM660

Perbelanjaan siling luar:
1) Siling 2x4, 73pcs, RM4/pcs = RM292
2) paku siling 1 kotak = RM5
3) paku konkrit 1 1/2" 1 kotak = RM6
4) Kayu masak 1x2, 275', RM0.50/ft = RM137.50
5) Kayu masak 2x2, 365', RM0.80/ft = RM292
6) Kayu penempet siling 1/2x 1 3/4, 640', RM0.40ft = RM256

11. Plaster Dinding & Render Lantai


Plaster atau Pelepaan dinding boleh dijalankan pada selepas siap ikat bata. Seeloknya pada selepas pasang atap kerana redup sedikit. Kata tukang, jika tak pasang atap dulu, panas akan buat plaster dinding retak atau merekah. Untuk projek ini, disebabkan nak cepat maka buat la mana yang boleh jalan dulu, buat masa ni atap belum sampai sepenuhnya dan kekuda pun masih dalam progress.

Plaster ada dua jenis, 1) kasar, 2) licin. Kasar biasanya pada dinding sebelah luar atau dinding yang nak tile (bilik air/dapur). Bancuhan simen plaster kasar dibuat menggunakan mixer. Bancuhan adalah simen, pasir halus dan air, bancuh sampai jadi macam bubur. Plaster licin biasanya untuk ruang dalam rumah. Plaster licin dilakukan selepas plaster kasar (2 kali kerja). Komposisi bancuhan adalah kapur dan simen sahaja. Bancuh sampai jadi jemek macam lumpur laut atau kolam.

Kerja plaster menggunakan 4 orang, 3 orang buat plaster, 1 orang angkat bancuhan dan prepare/kemas tempat.

 
(plaster kasar dahulu, sebelum plaster licin)

 
(dapur, atas plaster licin, bawah plaster kasar untuk pasang tile dinding)

 
(plaster licin dalam bilik)

 
(membancuh plaster licin (kapur dan simen) dalam kereta sorong)

Perbelanjaan kerja-kerja plaster setakat ini:
1) Simen 110 beg, RM20/beg = RM2200 (siap hantar, siap turunkan)
2) Kapur simen 2 bundle, 1 bundle = 100beg, RM3.50/beg (100 beg) = RM350 (Hamzah Ibir), RM3/beg (100 beg) = RM300 (Muara Kalongan)
3) Pasir 2 lori, RM360/lori = RM720
4) Mixer RM400/bulan

Selepas plaster siling, render laintai. Render guna simen pasir dan air. sama macam plaster kasar. Sambil itu dah boleh pasang tangki.

 
(tangki bersaiz 80 gelen, paling kecik di hardware, guna 2 tangki setiap bilik air)

 
(render lantai dapur)

 
(render lantai family area dan depan pintubilik)

 
(render depan tandas 1)

Kos render dan tangki air:
1) Tangki air 80 gelen, 2 biji, RM100/biji = RM200
2) Simen 30 beg = RM600
3) Pasir sedang selori RM300
4) Kayu 2x4 dan plywood alas tangki, guna semula mana2 yang ada.

Saturday, September 27, 2014

10. Kekuda


Kekuda kayu ke kekuda besi? Yang mana lagi bagus? Seringkali menjadi perbincangan di forum-forum laman sesawang. Kriteria permilihan kekuda ni ada banyak. Kalau banyak sangat berpikir benda tu tak elok macam mana nak buat keputusan. Dari segi ketahanan, bagi saya kedua-duanya bagus sebab kedua-dua sudah meluas digunakan di Malaysia.

Friday, September 19, 2014

9. Memasang Frame Tingkap


Frame tingkap yang dipilih adalah aluminium berbanding kayu sebab harganya yang lebih murah. Frame aluminium biasanya ada 2 jenis, 1) barang projek, 2) Standard Economy. Barang projek bermaksud kualiti rendah yang biasanya pemaju-pemaju guna sebab harga nya yang rendah boleh cut cost banyak. Aluminium jenis ini lebih nipis sehinggakan lock mudah tercabut. Standard economy biasa yang digunakan untuk tempahan rumah sederhana. Kalau nak kualiti yang lebih baik pastinya yang lebih mahal.

8. Pasang Konduit dan Socket / Switching Box untuk Wiring


Kerja-kerja perancangan kedudukan point lampu dan kipas serta suis lampu/kipas dan soket perlu diambilkira sebelum membelah dinding. Walaupun dalam drawing sudah ada lukisan wiring yang simple tapi tak semestinya kena ikut. Point wiring terpulang pada tuan rumah nak buat banyak mana dan lokasinya di mana.

7. Kerangka Konkrit Beam Atas




Kerangka beam atas boleh dibuat sebelum atau selepas ikat bata. Jika buat sebelum ikat bata maka kena banyak pakai kayu 1x2 dan 2x5 sebagai penahan beam. Jadi lebih jimat kalau ikat bata dahulu. Kalau tak buat beam pon rasanya boleh jika bumbung tak berat. Beam ni penahan kekuda dan atap, bila ada besi dalam beam maka kekuatan beam adalah sekata berbanding tidak buat beam beban atap dan kekuada akan terus ke dinding. Lebih kurang macam tu la. Pikir lojik je.

6. Dinding dan Frame Pintu serta Tingkap


Tiang dinaikkan dahulu sebelum ikat bata dinding. Besi Y diikat dengan beli link dan dikepung dengan plywood dan dituang dengan bancuhan simen konkrit. Untuk projek ni buat sebanyak 3 kali untuk dapatkan semua 33 tiang sebab bajet beli plywood tak banyak. kalau nak capat dan banyak duit boleh la jalan sekali gus. Kemudian Frame pintu diletakkan pada kedudukan yang diinginkan.