Sunday, July 12, 2015

19. Siap rumah


Inilah dia hasilnya setelah berhempas pulas menjadi kontraktor tak berdaftar menyiapkan rumah sendiri. Rumah biasa-biasa je. Tapi rasa puas hati dengan kualiti pembinaan dan hasil dengan spec rumah pilihan sendiri. Rumah ini disiapkan bertujuan untuk mewujudkan sebuah rumah sahaja sebagai syarat dan dijangkakan akan di'renovate' pula pada masa akan datang mengikut selera dan kehendak penghuni rumah bergantung pada bajet. Rumah telah siap dibina pada bulan Januari 2015.

18. Pendawaian atau Wiring


Pendawaian menggunakan khidmat pelajar kemahiran sekali lagi kerana bajet yang semakin berkurangan. Upah RM500 seorang. 4 orang.Spec wiring memang kelas. Jika diberi tukang rumah yang buat, banyak 'curi barang' bagi memudahkan kerja, janji siap, boleh ON. Bila budak yang buat, lurus bendul ikut buku lah, kopak pulak rasanya beli barang Hi spec.

Saturday, July 11, 2015

17. Mengecat


Kerja-kerja mengecat mengambil masa 2 minggu. Dengan mengupah pelajar kemahiran seramai 4 orang. Hasil kerja agak messy skit tapi ok la. Cuma tile dalam proses pemasangan jadi banyak yang menitik ke atas tile. Kalau nak hasil cantik guna lah cat mahal. Saya gunakan cat Kansai Paint kerana tukang plaster ceiling rekemen jika pakai Kansai sekali cat je cat terus lekat ke plaster ceiling. Jadi semua cat menggunakan cat Kansai Paint. Cat Premier atau undercoat saya guna cat brand biasa je.

16. Kemasan Tile


Pada saat dan ketika nak pasang tile ni kewangan dah menjadi terlalu sendat. Pada awalnya ingat taknak pasang tile sebab takut bajet tak cukup. Bila dah diperingkat ini, hodoh pulak baglow takde tile. Disebabkan kewangan dirasakan tak mencukupi jika upah tukang rumah, saya pon upah la budak sekolah kemahiran. 4 orang.

15. Paip Air


 

Kerja-kerja paip air ni saya buat sendiri dengan bantuan kawan memandangkan boleh buat sendiri dan dah pergi kursus paip A1. Pengendali paip ni ada dua jenis sijil kompeten. A1: pemasangan selepas meter hingga dalam rumah. A2: sebelum paip. Walaubagaimanapun, jika takde sijil pon masih lagi boleh buat kerja2 paip ni. Kerja paip ni takde la susah mana, boleh try and error je atau tengok tutorial di youtube. Tapi kalau malas, tak suka main dengan gam, takde alat, takde masa dan bermacam2 alasan lagi, boleh sub ke tukang je.

14. Plaster ceiling


Plaster siling merupakan bahagian rumah yang penting dan mesti cantik dan kemas sebab buat sekali je tapi nak guna untuk 100 tahun berikutnya. Di kemaman ni ada 2, 3 kedai yang saya survey mempunyai reputasi yang cemerlang. Salah satunya adalah D & Y Plaster Ceiling. Ada beberapa cawangan di sekitar Terengganu. Secara peribadinya saya berasa berpuas hati dengan hasil kerjanya, setelah beberapa lama pon masih belum nampak crack pada bahagian penyambungan. Dan kekemasan pada bahagian penyambungan pon terbaik. Buat kerja cepat. PR mereka juga baik, kalau setiap kali pergi ke kedai mereka akan beri air kotak. Padan harga dengan kualiti yang diberikan.

Friday, July 10, 2015

13. Kaki Lima, Longkang dan Sistem Pembentungan


Antara syarat yang mesti dipatuhi untuk mendapatkan CCC adalah penggunaan tangki septik dengan model yang diluluskan oleh pihak Sirim dan Indah Water Konsotrium (IWK). Semasa permohonan dulu saya telah bayar RM300 untuk IWK. dan kemudian RM600 pulak dalam bentuk bankdraf. Apabila rumah sudah siap, runner akan menghantar borang ke IWK dan pegawai IWK akan datang melihat dan ambil gambar sebagai pengesahan. Biasanya pegawai IWK tidak datang melawat jika rumah sebijik je, cukup sekadar runner ambil gambar dan masuk dalam report. Jika rumah teres yang banyak biasanya pegawai akan datang kuatiri pemaju tak ikut spec sebab pemaju ni nak untung lebih atau pemaju ni bukan pemaju tempatan, kat kawasan lain lain spec yang digunakan.

Sunday, May 24, 2015

12. Atap & Siling Luar


Atap (roof tile) adalah jenama Monier jenis Contour. Atap ada banyak jenis dan jenama, tapi kalau atap genting memang jenama Monier rasanya paling top kat Malaysia ni. Atap untuk rumah ini bersudut 30 darjah. Pelukis pelan kata paling maximum. Memang curam, sehingga tukang pon kata atap tinggi sangat dah sama tinggi dengan ruang dalam rumah, macam 2 tingkat.


(compact roll jenama Monier)


 

Pemasangan siling luar bagi kemasan serta menutup pemandangan yang tak berapa cantik di siling. Jika kekuda kayu mungkin boleh tunjuk kekuda selepas dicat. Kalau guna besi lebih elok tutup dengan siling.






Perbelanjaan atap setakat ini:
1) Atap Monier Contour 3000pcs, RM2.10/pc = RM6300
2) Perabung (ridge) 87pcs, RM10/pc = RM870
3) Perabung sudu (hip) 4pcs, RM20/pc = RM80
4) Compact roll (pelapik perabung) 3 gulung, RM220/roll = RM660

Perbelanjaan siling luar:
1) Siling 2x4, 73pcs, RM4/pcs = RM292
2) paku siling 1 kotak = RM5
3) paku konkrit 1 1/2" 1 kotak = RM6
4) Kayu masak 1x2, 275', RM0.50/ft = RM137.50
5) Kayu masak 2x2, 365', RM0.80/ft = RM292
6) Kayu penempet siling 1/2x 1 3/4, 640', RM0.40ft = RM256

11. Plaster Dinding & Render Lantai


Plaster atau Pelepaan dinding boleh dijalankan pada selepas siap ikat bata. Seeloknya pada selepas pasang atap kerana redup sedikit. Kata tukang, jika tak pasang atap dulu, panas akan buat plaster dinding retak atau merekah. Untuk projek ini, disebabkan nak cepat maka buat la mana yang boleh jalan dulu, buat masa ni atap belum sampai sepenuhnya dan kekuda pun masih dalam progress.

Plaster ada dua jenis, 1) kasar, 2) licin. Kasar biasanya pada dinding sebelah luar atau dinding yang nak tile (bilik air/dapur). Bancuhan simen plaster kasar dibuat menggunakan mixer. Bancuhan adalah simen, pasir halus dan air, bancuh sampai jadi macam bubur. Plaster licin biasanya untuk ruang dalam rumah. Plaster licin dilakukan selepas plaster kasar (2 kali kerja). Komposisi bancuhan adalah kapur dan simen sahaja. Bancuh sampai jadi jemek macam lumpur laut atau kolam.

Kerja plaster menggunakan 4 orang, 3 orang buat plaster, 1 orang angkat bancuhan dan prepare/kemas tempat.

 
(plaster kasar dahulu, sebelum plaster licin)

 
(dapur, atas plaster licin, bawah plaster kasar untuk pasang tile dinding)

 
(plaster licin dalam bilik)

 
(membancuh plaster licin (kapur dan simen) dalam kereta sorong)

Perbelanjaan kerja-kerja plaster setakat ini:
1) Simen 110 beg, RM20/beg = RM2200 (siap hantar, siap turunkan)
2) Kapur simen 2 bundle, 1 bundle = 100beg, RM3.50/beg (100 beg) = RM350 (Hamzah Ibir), RM3/beg (100 beg) = RM300 (Muara Kalongan)
3) Pasir 2 lori, RM360/lori = RM720
4) Mixer RM400/bulan

Selepas plaster siling, render laintai. Render guna simen pasir dan air. sama macam plaster kasar. Sambil itu dah boleh pasang tangki.

 
(tangki bersaiz 80 gelen, paling kecik di hardware, guna 2 tangki setiap bilik air)

 
(render lantai dapur)

 
(render lantai family area dan depan pintubilik)

 
(render depan tandas 1)

Kos render dan tangki air:
1) Tangki air 80 gelen, 2 biji, RM100/biji = RM200
2) Simen 30 beg = RM600
3) Pasir sedang selori RM300
4) Kayu 2x4 dan plywood alas tangki, guna semula mana2 yang ada.